Showing posts with label dD's zone. Show all posts
Showing posts with label dD's zone. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

nervous and anxious

I'm super nervous.

I'm having nightmares that things would go wrong.

I'm hyperventilating and it's far from fun.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Today would be my last day in school inshaAllah.

The new chapter shall begin tomorrow.

I have no idea of what to expect.

There's no telling on how the future shall be.

Did I make the right decision?

I am so very confused. I am so scared too.

Yes, probably scared is the right word to describe the state I am currently in.

I hope this IS the right decision for me.

There are many highs and lows for leaving school.

I am in doubt. And when I am in doubt. To You I turn to.

Ya Allah.

I believe in this path that you have destined for me.

inshaAllah things will go smoothly.

inshaAllah.

Thursday, February 9, 2012

Cinta awak! *blush

Tak pernah buat posting cemgini.

Hari nih langgar pantang! Hehehe.

Suami saya nama dia Ammar Mohd Saufian. Dia nih waktu form 3 sampaila form 5, sekelas dengan saya. Dia pindah ke sekolah saya dari Port Dickson. Sumpah jarang bercakap waktu form 3 tu. Sebab saya ni pendiam. Hehe. Pemalu. Hehe. Ke sombong? :D

Tapi memang time tu dia antara yang famous la kat sekolah. Ramai pempuan nak ngorat. Hahahaha. Biasala, time sekolah kan, ramai girls daring yang suka tengok lelaki macho. Cehwah.

Form 4 and 5, dia sepatutnya gi sekolah lain. Tapi tak jadi sebab ada complication. Maka sekelas la kami. He was the only guy.

Mesti dia bosan tahap gaban time tu. Haha.

Bila form 4 & form 5 nih kerap la sket kami bercakap berbanding dengan waktu form 3.

Tapi memang langsung takda perasaan cinta dan sebagainya. Memang tak terfikir langsung lah satu hari nanti mamat nih akan jadik somi saya.

Lepas SPM, kadang kadang kami berhubung gak.

Pernah lah dia join makan makan dengan saya dan rakan rakan sebab waktu tu saya dah nak pigi sambung belajar.

Waktu tu dia belanja saye eskrim Baskin Robbins sebab a week before that (rasanya) ada game Man U dgn another famous team (lupa team apa), dia kata kalo Man U menang, "aku belanja ko eskrim okay"

Man U menang. Haha.

Time saya study kat Nuzilen masih la kadang kadang kami berhubung. Kawan biasa aje lah tapi. Masing masing ada gelpren/boipren time tuh :D

Ada satu hari tu, saya dah balik Mlesia, waktu tu baru jumpa boipren kat KL, tapi dpt jumpa kejap aje. Lepas tu menonong balik sorang sorang pegi ke Puduraya. Dapat tiket bas yang lambat. Macam kena tunggu 2 jam la cemtu. Bagitau kat dia time tu (dengan niat to kill the time sambil bergosip dan mem-bitching), last last dia kata dia akan datang temankan. Maka merayaulah kami ke Petaling St. Makan makan sket, borak borak sket. Saya tak ramai kawan lelaki, jadi dia adalah one of my guy friends yang saya suka borak, suka kongsi masalah.

Ditakdirkan hati kami kuciwa dengan pasangan masing-masing lepas itu. Kami pun mula berhubung dengan lebih kerap. Masing-masing bagi semangat kat masing-masing. Time tu saya kata tak nak bercinta lagik dah, lepas ni nak kawen dengan mamat korea terus :D

Satu hari tu dia belanja saya nengok konsert Butterfingers kat Istana Budaya. Saya pergi sebab Hujan jadi guest artist. Dan waktu lepas konsert nih, ada lah satu peristiwa yang memalukan/menggelikan hati haha. Sampai bila bila akan ingat peristiwa nih sebab gila mahal experience nih! XD

Lepas tu makin kerap kami keluar.

Tak sedar entah sejak bila perasaan tu melampaui perasaan sayang pada kawan :)

Lepas tu merisik, tunang, followed by kahwin.

Macam mimpi.

Rupanya lelaki nih la yang jadik somi saya.

Memang perjalanan hidup ni tak pernah dapat kita duga secara specific. Indah :)

Bila dah kawin, saya rasa bersyukur.

Saya bukanlah perempuan yang terbaik dalam dunia. Jauh panggang dari api. Banyak betul kekurangan saya. Tapi I am learning to be better.

Bersyukurlah saya sebab suami saya penyabar. Pandai masak (seriyes pandai okay!). Tak mudah marah. Bijak. Memahami saya inside out. To sum it up, he's perfect for me. Dialah pelengkap saya.

Bagus betul perancangan Allah.

Walaupun suami saya sakit, bagi saya tak apa, nih ketentuan Allah untuk dia. Saya akan buat sebaik mungkin untuk tolong supaya tak jadi worse.

Sebab saya sayang dia.

Bila kita sayang seseorang, kita sayang dia dalam apa jugak keadaan :)

Untuk suami saya yang gagah perkasa, hensem, bijak dan cemerlang (fuh, adjective! XD),

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu

Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Nih lirik lagu Yuna, terukir di bintang. Bagus ada lagu cemni. Terus mengingatkan kita pada orang yang tersayang. How much we love that person :)

Saya harap dia tak pergi dulu sebelum saya. Saya nak lalui hari hari yang indah dengan dia dan pergi dengan senyuman yang manis sebab dapat tengok lelaki yang saya cintai pada penghujung hayat saya.


Sahabat

Saya kena ajar satu kelas sivik sebab kekurangan cikgu nak ajar subjek tu :(

Semalam baru ajar derang pengaruh rakan sebaya.

Memang besar pengaruh rakan sebaya ni.

Boleh jadikan kita lebih baik dan sebaliknya.

Pengaruh rakan sebaya ni tak terbatas pada zaman remaja aje.

Sampai lah dah dewasa, kawin, beranak pinak, dah tua, masih ada pengaruh rakan sebaya nih.

Tak percaya?

Ramai makcik makcik dan pakcik pakcik yang join aktiviti di masjid, aktiviti pengayaan iman sebab mereka ada rakan yang join aktiviti tersebut. Kalau perasan lah. Hehe. Kan bagus tu pengaruh macam tu :)

Okeh, berbalik pada topik posting ni.

Sahabat, yang selalunya merupakan rakan sebaya, kadang kadang boleh menjadi ubat bila ada masalah.

Cuba kalau kita susah hati, cakap dengan kawan, tak kisah lah face to face atau through a phone call, lepas tu hati rasa lebih tenang :)

Alhamdulillah.

Macam tu lah yang saya rasa tadi.

Time kasih sahabat sebab call tadi.

Walaupun call itu sebenarnya untuk berkongsi masalah dia, tapi call tuh juga dah banyak bantu saya untuk tenangkan hati :)

Dulu pernah sebut how I am waiting for THE letter.

Dah dapat da semalam. Tawaran to teach in a local university. Bukan pensyarah, masih lagi cikgu. Saya belum ada Masters.

Cuma ada satu perkara yang merunsingkan hati.

The posting.

Tak sanggup berjauhan dengan suami. Bukanlah sebab manja. I can live independently. Cuma, tak sanggup nak biar suami bersusah susah. Dia kena jaga makan...sebab sakit dia. Alhamdulillah lepas kami dok sama, nampak ada perubahan yang lebih baik :)

Tapi sahabat saya telah menenangkan hati saya.

InshaAllah akan ada jalannya. Pasti Allah akan bantu.

Peluang tak datang bergolek golek setiap hari.

And I am not really the kind of person who could go through the same routine for years without any advancement.

Hati rasa tak puas..

Maka sekarang ni peluang dah ada di depan mata.

Semoga dipermudahkan Allah, Perancang yang terbaik.

Dan to my sahabat, Miss Nurse yang awesome, yang saya panggil Wedah sahaja hehehe,

Semoga berjaya hadapi dugaan daripada Allah ini dengan baik.

Terima kasih, saya sayang awak :)

Tuesday, January 17, 2012

wonderful wednesday

Sekejap da nak hujung minggu :)

Minggu ni nampak gayenye penungguan surat tidak berhasil sebab surat itu is yet to be released. Mungkin hujung bulan nih, ataupun early next month. Sabar aje lah.

Kalau ikut kata hati, macam nak hantar tender.

Tapi, sabar..

Selagi belum ada hitam putih, walaupun dah tau result nya cemana, anything can happen. Nauzubillah. Harap harap takla :(

Several posts back, I wrote something about how I wish there'll be a good news in the weeks to come. Alhamdulillah. Memang ada. And this is regarding my career :)

Tapi macam yang sebut kat atas tuh la, selagi belum ada hitam putih, bersabar lah hati.

Walaupun kerja bertimbun sampai berdenyut kepala nih dan P&P dalam kelas semakin mencabar dengan perangai yang pelbagai, tapi, sabarrrrr. Sekolah baru ni memang environment dia jauhhhh beza dengan yang dulu. Yang mengubat hati hanyelah the fact that each time before I am off to work/back from work I'd be able to see my husband. Bukan stakat cakap kat tepon saje. Nak gaduh manje pun susah tau kat tepon. Hehehe.

Ramai lagi have it worse.

Kira beruntunglah saya.

Ada rezeki tak ke mana. InshaAllah sebelah kaki dah 'di situ'. Hehe. Tak sampai hati nak type kat mana. Biar lah official dulu. Lagipun belum tau lagi gaji dia offer berapa. Herms. Terpaksa materialistik skit lah. Realiti kehidupan ni. Tempat posting pun tak tau sebenarnya kat mana. Tapi yakin bukan kat sinun. Waktu interview asyik dimomokkan "sanggup ke kalo pegi ke ***"?

Heheheh. Mintak maaf, tak sanggup.

Laki den kojo kek sini. Sapo nak tengokkan dio?

Doalah yang terbaik.

Dan sementara itu, semoga Allah anugerahkan saya ketabahan hati yang tinggi. Supaya dapat jalani hari hari dengan baik. Smooth. Tenang. Siapa suke bila hati susah. I hate the feeling. Terus nanti rasa nak jadik budak kecik balik/time study. Best betul.

Tapi kene accept reality. Itu tanggungjawab jadi adult.

There's a mantra that I need to say to myself, repeatedly. And more often.

"Segala yang pahit tu terjadi sebab ada sesuatu yang sangat manis di penghujungnya".

Kena psycho diri sendiri nih banyak banyak :P

I'm ending this entry with a picture I got from happy things tumbelog.

Be thankful. Susah kan nak buat. Tapi it could make your life feels better!

Monday, December 12, 2011

year end hols 2011

I was beyond ecstatic when the school hols arrived although I'd have to invigilate for stpm. Yes, it would be more awesome and heavenly if I do not have to waste my time becoming a zombie for the day, looking at kids trying to ace their exam papers with nothing else on my mind except for the constant thoughts on what would I do next once I reach home, what's the menu for the day, and many more that is mostly domestic related.

But to think that at least I get a pahala for helping out a heavily pregnant colleague who's waiting for the due date that is just around the corner by replacing her to invigilate and also the allowance that I'll be getting (trust me, it's not much. at all. tapi jadikla dari jage free aje), I'm comforted.

We are not really going anywhere this time except for attending a few weddings that will occupy / already occupied our most weekends ;p This weekend and the following will insyaAllah let us to jalan jalan malaysia and there will be some serious makan series as well as shopping to be done and not forgotten, moments to be captured using the spanking new camera that we have grown to love.

I got to meet my besties, Izza and Zabby during the hols and those two separate rendezvous were truly a blessing in disguise. I actually hit my lower than low (career satisfaction -wise) since I got my transfer and these two girls actually made me see things in a different light, got me back to my old self just by talking to them. I'm pretty sure they had no idea of what those meetings contributed to me apart from a really jolly good time. They inspired me :)

I wish there would be more people that I could meet but time seems to be very jealous of us all. There are always clashing plans and commitments and so those meet ups would have to be postponed. But one thing for sure, regardless of how long we haven't met, we would all be able to talk and laugh like it was just yesterday we bid our farewell, the very next time we all have our get-together. I'm certain of that :)

Sunday, September 18, 2011

Forgetful dD

I encountered a number of articles that being forgetful is one of the signs of aging.

I am getting so forgetful these days it is annoying. I forgot some crucial ingredients when I'm cooking, sometimes I skipped a step or two. I am, however, lucky that my husband is a walking evidence of a really patient guy who can tolerate rubbish-meal-prepared-by-the-wife. I hope he doesn't go around telling his colleagues of the stories on how his wife ruined the meal(s) though. Gulp.

I forget where I put my stuff.
I forget the name of my students.
At times, I even forget the names of my colleagues and it isn't a joy to speak to a person whose name you are unable to recall as you are talking.
This condition worsen as I also often find myself to forget what I intended to say and would mumbled utter rubbish so that's why I now speak slowly because I need to string my sentences in my head before they come out of my mouth. However, that would only happen if I remember to do so. Sigh.

I wonder what are the contributing factors. I could only think of one. Aging. My biological age is 27 but probably my mental age (is there such thing?) is 40ish.

I would like to end this post by saying that I would religiously chew on food that could help boosting one's memory.

Urm but I forgot to buy them.

Sunday, February 6, 2011

O.A.G

Post ini tiada kene mengena dengan kumpulan OAG if that is what you after. OAG here telah difemeskan oleh bebudak zaman aku skola menengah yang bermaksud Orang Alor Gajah. I am an Alor Gajahan, through and through and the same goes to my husband. Bukanlah semangat kedaerah-an kami kental tapi itu lah yang kite kate jodoh ye tuan tuan dan puan puan.

Kalo tanye orang yang bukan asal dari melaka, they would say that ooooo orang melake ye ulau melingkau atas pagau. Setiap kali dengar orang cakap cemtuh aku memang rase nak buat muke annoyed (ala muke yang mate pandang kat atas tuh dengan care yang keji sambil melempiaskan nafas yang orang puteh panggil sighing tuh.), sebabnye, ituh adelah sweeping statement yang takde kene mengena dengan orang alor gajah. Kami guna loghat negeri sembilan tapi tak lah serupa sebijik sebijan macam orang negeri sembilan.

Oleh sebab besok start keje lepas cuti seminggu dan sekarang nih dah kembali jauh dari laki, meh sini aku perkenalkan gaye percakapan orang alor gajah mane lah tau it would come in handy. You never know.

OAG suka replace huruf vokal dalam perkataan dengan huruf O.
eg :

benda = bondo.
suka = suko.
pelik = polik.

tapi bukanlah semua. janganlah cakap,

risau = riso.

kengkadang OAG tak sebut huruf konsonan dekat hujung ayat tuh,

eg:

benar = bona
mahal = maha


ade jugak perkataan perkataan yang tersendiri yang mungkin orang luar dari alor gajah tak paham.

eg:

tido = membuto.
makan = melantak.
cepat = dogheh.

dan tak lengkaplah belajar sesuatu bahasa tuh kalo tak belajar perkataan mencarut. Maka di sini aku nak bitau, ade satu perkataan menyumpah yang best yang digunakan secara meluas oleh OAG iaitu; BANDANG. Aku tak tau makna dia exactly apa, tanya orang lain pun derang taktau tapi yang aku tau, perkataan bandang nih sama taraf la menyumpah macam ko sebut cilake (cilako), sial (siya). Kita boleh dengar perkataan carutan bandang nih terutamanya bila di jalan raya.
contoh :

Apo bandang bona keto dopan nih kojap lane kanan kojap lane kiri.
(ape la cilake sangat kete depan nih kejap lane kanan kejap lane kiri).

Okeh skarang nih survival kit ko untuk cakap macam orang Alor Gajah rase dah OK dah. Basic tuh da ade dah la kirenye. Ape kate kite tengok application nye pule yeh. Rujuk dialog di bawah.

(Conversation ini berlaku apabila seorang makcik menelepon kawannya tapi kawan dia pulak tak angkat.)

makcik A : helo, si Ana ado?

budak : helo, omak takdo.

makcik A : eh mano poie omak kau?

budak : ontah. Tadi dio membuto dopan tibi lopeh melantak. Skang nih mano poie eh tak tau la.

makcik A : eh macam biskut pulak omak kau. Kojap ado, kojap takdo.

budak : ontahla makcik. Ado papo posanan ko, nak poie main lelayang kek lua nih ha.

makcik A : ko bitau omak kau, nanti suh tepon makcik balik dogheh.

budak : aaa yo lah *dalam hati : bandang boto la, aku nak main layang layang pun potong stim*

With the above survival kit to speaking like an Alor Gajahan, I think you would have a little or probably no difficulty in comprehending the above dialogue.

Meh la datang Alor Gajah. Kito leh makan kueh udang yang sodap tuh lopeh tuh buleh blaja cagho intonasi yang boto siap dongan eksperesi muko yang topek.

Thursday, January 27, 2011

the arrival of hero kecik :-)

My ex roomie in college just gave birth to a baby boy today at 945 pm. It can't be explained in words but my heart right now is bursting with love and affection towards this little hero that I haven't even met yet.

Teringat zaman dulu dulu waktu study, waktu mude mude hehe. Makan nasik bungkus ramai ramai, gi jenjalan mid valley nak beli air mineral haha. Kadang kadang jalan jejauh ramai ramai pegi makan kat luar. Skarang ade yang dah jadik mommy dah :-)

I can't wait to meet this cutie but I would wait until the confinement period of the mommy ends before I pay them a visit. She would need a lot of rest, I reckon :-)

When I got to know about her pregnancy, I was thrilled beyond words. She broke the news to me through Yahoo Messenger and I was smiling from ear to ear. I know that they have been looking forward for a baby (pasangan mane lah yang tamau baby kan. Susah nak jumpa) and it took some time to have one considering they were miles apart due to work commitment. After she got her transfer to Selangor , tup tup, dapat conceive pun. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Semoga lepas nih rezeki lebih murah lagik ye untuk Lin & Fairul and also baby Alif Irfan.

Baby Alif Irfan, aunty dD doa yang baik baik untuk awak. Mak awak baik sangat orangnye, mesti awak dah besar nanti baik macam mak awak jugak :-) Semoga sihat, cergas dan dirahmati dunia akhirat. InsyaAllah.

The world feels even more beautiful knowing that this little hero has arrived safe and sound. Praised be to Allah.

Friday, January 21, 2011

pil khayal

I just got back from BP Mall. There's school tomorrow, to replace the one that would be off in conjunction with the Chinese New Year celebration so that we could have a total one week hols *whee~* As I was saying, there is school tomorrow and I decided to hang around a bit at a mall with a colleague, so as to help me feels that the time flies fast because I can't wait to go back to Melaka tomorrow, to meet my husband who would be going back tonight.

I went inside a shop that sells hijab and this conversation took place.

dD : dik, tudung pearl haya ade tak?

adik 1 : *blur*

adik 2 : hmm tak ade la kak..

adik 1 : *masih blur*

adik 2 : rasenye kat satu BP Mall nih tak ade kak..

dD : oh ye ek..tak ape la..

adik 1 : *jeling adik 2 sambil mumbling*

adik 2 : *to adik 1*PEARL HAYA lah!

adik 1 : aku ingatkan PIL KHAYAL..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jadahnye? T_T

Sunday, January 16, 2011

my body is a battlefield.

or rather, my perut.

Segala kekuatan, aku seru kamu untuk bersatu denganku supaya dapat kita menyahkan lelemak ini secara perlahan tapi jitu. Dulu mengambil masa yang cepat sekiranya puasa nasik tapi sekarang nampak gayenye memakan masa yang lama sedikit. Mungkin sebab kita sedang menghadapi musuh yang lebih gemilang, iaitu lemak tepu tahap biadap.

Maafkan aku perut, terpakse aku meng-deprivekan kamu akan nasik dalam kuantiti yang banyak. Biarlah pandangan mata menjeling akan ketidak hadiran nasik di pingganku, biarlah nafsuku meronta ronta meminta agar nasik ditambah, biarlah kau merayu rayu agar aku meng-feed mu dengan makanan yang hebat jumlahnya, tapi aku harus mengecewakan mu. Ini penting demi masa depan kita.

Masa depan wallet aku. Dan suamiku.

Badan yang bertambah gemuk bermakna wardrobe yang baru. Serba baru. Sebab yang lama tak muat. Tsk. Ini boleh menyebakan kegawatan ekonomi yang tidak diingini. Buruk padahnya.

Metabolisme badan (yang lembap), jangan risau, aku tidak menyalahkanmu. You had your time, you shone. And now I have to embrace the fact that nothing works perfectly forever. Lepas nih aku akan lebih membantu kamu. Izinkan aku membantumu. Mungkin menaip blog menggunakan jari telah membantu kamu untuk membakar kalori aku. Biar lah sedikit, lama lama jadi bukit.

Ape yang penting,

KERJASAMA!


- keluhan insan gemuk, 1208 am, monday 170111. Selamat berjaya.

Wednesday, January 12, 2011

0015

Dah pukul 1215 pagi yet I am still not in bed. Baru saje meng-rekod suare sendiri untuk bagi students dengar supaye mereka dapat information needed to write the essay that I will assign them tomorrow. Rase macam artis pulak siap rekod rekod suare. Hihi. Lepas ni kene pikir suare orang lain untuk direkod. Rasenye potential victim number one would be my husband :-p

Cemane agaknye rase jadik penyanyi ke pelakon. Dapat bayangkan, kalo aku jadik penyanyi for sure setiap kali suare aku kuar kat radio, cepat cepat aku tutup. Malu. Kalo muke kuar kat tibi, cepat cepat tukar cenel. Rase macam cacat aje kalo tengok diri sendiri berlakon.

Cakap pasal berlakon, waktu skolah rendah dulu pernah lah dengan gila glemernye (anak mas cikgu kottt time tuh :-p) berlakon sketsa BI. cehwah. Konsep citer tuh macam cinderella. Siap nanges nanges lagik. Lepas tuh mak tiri tolak kat meja, cepat cepat calit water colour warna merah kat dahi, konon konon berdarah. Bebudak yang tengok sumer macam uuuu cemane ko buat tuh? Naseb baik waktu tuh tak ade talent agency tengah scouting for talents kalo tak mak tak jadik cikgu nok, jadik retis gamaknye. Hari hari kene kutuk kat laman gosip artis tempatan. Jadik best friend dengan Fasha Sandha. Nama glemer dah ade, dD zulkifli.

Hmmm tapi on second thought, naseb baik lah tak jadik retis. Kalau tak, makin bertimbun timbun lah dosa T_T

Monday, January 3, 2011

the secret for an extra boost of happiness ;-)

The secret for an extra boost of happiness and probably an eternal youth look too is plain and simple. It is, not to whine. Jangan merungut. Ataupun bila dah ter-merungut tu, cepat cepat sedar dan stop.

Perasan tak, bila dah merungut tuh selalunya kite rase self pity. Bila da rase kesian kat diri sendiri tuh menebal, kite rase sedih. Bila dah sedih, kita rase tak semangat. Bila tak semangat, nak buat kerja pun malas. Bila kerja tak dapat siap, kita susah hati. Susah hati pulak boleh menyebabkan kita nampak tua. It's a chain reaction.

Lagipun dera orang lain untuk dengar rungutan kita pun tak elok. Kesian orang tu, terpakse buat buat muka simpati sedangkan dalam hati "alaa bila la dia nih nak stop bosan betul aku dengar". Paling teruk kalo nanti orang tu jadik menyampah. Lepas tuh elak elak nak bercakap dengan kita sebab takut jadik mangsa pendengaran rungutan lagik. Oh no T_T

Tapi orang kate it's better to let your problems be heard than keeping it in because it could eat you up inside. In my opinion, there's a fine line between sharing your problems and whining therefore you have to be smart so as not to come across as a whiner.

Selalu jugak orang tua tua cakap, jangan banyak merungut nanti Allah tarik nikmat sesuatu tuh dari kita barulah kita rase menyesal. Huu.

Why am I posting this post? Haa...sebab nak self motivate. Hmmm I want to avoid whining sebab dulu selalu jugak suka merungut, last last diri sendiri rase tak semangat. Bila dah dapat kerja untuk tahun nih kalo buleh tak nak la merungut tak tentu hala. Fuuuuh, semangat!

Thursday, December 30, 2010

When life gives you lemon, well, make lemonade!

I vowed not to dwell in sorrow and think how unfortunate I am yadda yadda so as the saying above goes, when life gives you lemon, make lemonade! Turn something sour into something great. I had to go back to Batu Pahat earlier this week for meetings and whatnot. Looking at the shabby room of mine *memalukan* I decided to revamp it and make it as comfortable as it could so that I would be one happy lady whenever I'm in my room.

I've compromised my comfort for the longest time ever, well, actually, since I got posted to BP, knowing that I am not going to stay there forever and it would be a hassle to move with boxes of stuff. But I guess I had enough. Boleh tak, selama ini, aku tidor atas tilam aje, refused to buy a proper bed sebab malas pikir nak meng-pack etc (selama tinggal kat BP, I moved to 3 different houses ;-p). Tapi oleh sebab rase I won't be moving to other houses anymore sampaila dapat pindah keluar dari BP for good, maka rasanye the time has come to get me one.

Berjaya beli katil yang comel. Yay.
Dan meja untuk buat kerja.
I also rearranged the stuff in my room so it is now looking way better than before.
Guess I could live with that until my transfer. Hee.

Next year I'll be teaching the form 1s and the form 2s because I've pointed out the fact that I would probably get my transfer in June and it would be troublesome should I teach the PMR classes. My Ketua Panitia gave a thought about that and found it to be a valid reason. So I'll be teaching one good class (I am the form teacher too. Hmmps), one mediocre class and another three 'weak' classes. They are not weak actually, they just have lower achievement in their academics. Human beings are born with different capabilities.

Teaching these classes however would require you to be slightly fiercer than your average self. I found it to be handy as these type of students would usually pay more attention to you when you are fierce. Nevertheless, it would be rather tiresome to play MDM FIERCE all the time but you gotta do what you gotta do. Rotan pun harus dibawa all the time. Muka pun kena bebengis, mesti korang kalo tengok muke aku bengis korang rase eh kene rasuk puake ape perempuan nih. Sumpah agak menakutkan. Suara pun nak kene lontar jauh. Ape ingat AF aje belajar lontar lontar suara? Jadik cikgu pun kene juge T_T. Tapi suara skarang tengah rock sebab batuk belum fully gone maka mungkin lepas nih kene standby dequadin dalam handbag supaya bila jerit nanti satu blok gegar >:-P

Oh btw ade sorang cikgu laki nih tekujat dengar aku mengamuk time buat kelas tambahan intensif untuk bebudak PMR earlier this year. Hihi. Lepas tu this another English teacher kate, "Oh you maksudkan dD ke, I tak terkejut sangat la sebab I saw her blew her top one day kat library." Time tuh aku campak kusi library kat student yang kurang berajar. Woh woh. Harap lepas ni garang, tapi sabar. Hmmm. Camno tu.

Thursday, December 23, 2010

wrapping this year up :-)

I don't always get what I want and that could be really painful to think. At times. Therefore, I made a promise to myself not to think about what I don't have. The what-ifs. Because I rather not dwelling in sadness when I could spend the rest of time with joy and calmness. Despite the whirlwind about my transfer, there were happier times that I am grateful for. Alhamdulillah.

1. My husband (he was my bf during that time) managed to go through several eye treatments and his condition has been getting on well from that point. The eye treatments (laser + injection to the eyes) were covered by his company's insurance and that was a huge relief because we otherwise might not be able to afford them.

2. Relationship wise, we were able to go through the merisik, bertunang and berkahwin stage all in a year. When we looked back at those times, it felt rather magical because it seemed like they happened on their own. Almost. Things just fall into the right places and what more could we say than praised be to Allah for letting them happened smoothly.

3. Economy wise, we are still struggling but the condition is better than last year's. We got better pay, I got to mark for English PMR (and I have bought a new handphone using the money I got from marking :-D), he got to buy his car and inshaAllah we will be going for our major honeymoon next March. We have paid for the tix and are now planning for the itinerary. Can't wait :-) Hopefully, this too will be a smooth sailing. It is my dream destination and to be able to go there for our honeymoon is like a dream come true, as corny as it sounds :-D

4. Our family grew larger with this marriage as well as our circle of friends. Can't help but too fall in love with each individual that I get to know and it is a relief for I did not find a hard time blending in. Neither does he. I thank God for being able to marry a man whose kampung is minutes away from mine as it gives a great advantage to us, especially in our circumstances where my mom is a single mom and his father is not really in the perks of his health. Being able to visit both during weekend is great :-)

There are many more things that I am grateful for but these are all that I could type as of now. I am rushing to pack my stuff because I had to go back to Batu Pahat next week for the school's meeting.

Have a great end-of-year everyone. I wish that all of you will wrap this year with contentment in your heart and hopefully next year will bring much joy and happiness to each of us. Ameen.



Take care :-)

Wednesday, December 22, 2010

rock band



I first laid my hands on the rock band set back in May 2008. I was in the States, visiting my then bf. Kat living room rumah dia, satu malam lepas kami keluar, ternampak his juniors playing rock band. I was very curious. Hee. I once caught an episode in Gossip Girl where Serena played Guitar Hero and thought that it was pretty awesome. Sekarang ini, wahhh dah ade depan mata. He nudged me and asked "nak main gi la join" tapi being a loyal gf who missed her bf (yang dah tak jumpa for nearly 2 years, *gile lama kan*) mestilah nak berkepit kalo buleh 24/7. Kan. So I just politely said no and went on accompanying him packing his stuff (he was leaving the States for good and coming back to M'sia).



Another night, jeng jeng jeng, he was packing his stuff downstairs and I saw the rock band set looking all pretty and lonely. Takde sape sape main dengan dia. Alalala keshian. Sket demi sket pergi dekat the drum set. He turned on the whole thing and dapatla I played with the drum set. Sorang sorang aje main. Layan. Rasenye main sampaila masa for me to go to this three kind girls' house untuk tumpang tido.

Itu dah addicted tu. Sampai da habis main pun lagu lagu dia terngiang2.

Next, I joined his juniors playing the whole set. Wah, lagik best. Memang dah rase macam rock band sungguh ni. Tapi I suck in playing the guitar set. Drum jugak yang best :-) Konon konon harituh tanak main la kan, tengok, sekali dah main, addicted u. :-p

I can't remember the last time I played it tapi thanks to the rock band set, I got hooked with Paramore sebab masa tu suka main drum lagu Crush crush crush. Balik aje M'sia dah jadik peminat tegar Paramore (sembil perasan jadik Hayley - ape hal?) dan simpan impian that one day, I'm gonna buy that thing! Tak kisahla da not in the in thing pun tak ape, I solemnly swear that I would play them precious beings at least once a week :-p

Sampai sekarang pun belum beli lagik hehe. Maybe lepas dah ade rumah sendiri. Nanti buleh selalu main rock band dengan suami :-)

Friday, December 3, 2010

I'm hot

No I'm not blowing my own trumpet and I do realise that it's a far cry of me being hot. Heho. I'm literally hot. The weather that is. Right at this moment. Gulp after gulp of water and they still fail to saturate me. And when I'm feeling hot..., it makes me want to:

1. Drink super cool ribena mobile. I have this recently developed obsession towards Ribena Mobile, particularly on Ribena + Peach flavour. Sedap, nikmat, sensasi. Time minum buleh buat iklan.

2. Dive into a pool of ice. Nekkid. Eeks. hehe.

3. Go to Mt Ruapehu again where we went skiing and my cheek turned blue upon reaching the peak of the mountain.

4. Go crazy on a box of ice cream.

5. Lepak lepak dengan yuni, izza ngan zab kat bilik fesal @ railway station sambil tengok muvie yang di download secara haram lepas tu kaki kebas sebab sejuk, bilik dia ada tingkap yang suuuuuper besar. Railway station tu nama tempat tinggal students by the way.

6. Hire tukang peng-spray air kat badan sambil baring atas lantai marmar. Job scope dia : spray air kat badan aku every 3 minutes.

7. Minum coconut shake kat klebang sambil buat muka keji kat orang yang beratur paaanjang gila untuk takeaways. Klebang coconut shake is da bomb!

8. Buat buat terperangkap dalam fridge tapi pastikan ade tempat untuk bolehkan oksigen kat luar masuk. Bila orang tanye eey apo ko buek dalam ni? Buleh la jawab,: Ya Allah, panas sangat, pengsan terus dalam fridge tadi bila carik susu nak buat milo ais.

9. Pegi shopping mall pastuh gelak gelak tengok peel orang yang memacam. Ade yang nak jadik kewl, ade yang rase dia super stylo, ade yang rase like omigosh everyone is looking at me I'm such a superstar. Bes gelak (dalam hati) lepas tu lupe dah kat luar upenye tengah panas.

10. Makan cheesy wedges KFC. Oh yang ni tak ade kaitan dengan cuaca. Ini dambaan selera semata mata.

11. Dulu pernah bace dalam komik doraemon, ade satu alat nih yang macam botol susu, bila minum seteguk, kita cakap panas, kita akan rase sejuk. Setiap kali cakap tu the temperature will drop by a few degrees. Kalau la dapat menatang tuh sekarang nih! Akan cakap panas panas panas 10x!

Phew. I'm hot.

Monday, November 15, 2010

better :-)

You can refer to my previous post about the not-so-great- news. Masih lagik ade perasaan sedih...muke pun sugul aje though I had embraced the fact that my application was rejected and there's a possibility of us living apart for an indefinite period of time.

I am currently at home sebab besok and rabu cuti. Rabu nih Aidiladha, sekolah amek cuti peristiwa on Tuesday. Dapat la 2 hari cuti :-)

Both of my mom and bro paham that I am sad..

Tetibe air mate mengalir kan, mesti rase serba salah nak cakap cemane dengan budak yang tengah besedih ni hehe. Tengok tibi pun kenkadang air mate mengalir :-p

They went out earlier for dinner. Pesan tapaukan food aje sebab tak semangat nak keluar.

They went back with KFC hehe and the stuff to make waffle. Kat umah mama ade tempat wat waffle, tadi da cakap kat my brother suh tlg watkan waffle tapi bahan2 takado. Jap lagik buleh la makan nih :-) Hmm tak buleh sedih sedih dah kan. Nanti semua orang susah hati. Masih buleh try lagik dengan rayuan. Cube dulu :-)

Sunday, November 14, 2010

alahai





The picture speaks a thousand words. I was beyond frustrated. Was. After a sobbing sessions that lasted for hours and indulging in self pity, I bounced back to reality. I am not the kind of person who likes to talk much on a subject that disappoints me but I know that some of you are wondering whether my application is successful so here's an entry dedicated to you lot who I know are concern about my husband and I. Thank you. Mine was rejected but there's still hope. We would proceed with rayuan and we'll see how it goes. There are several alternatives we are considering and we're trying to weight the best one. We'll see.

Jadi kepade mereka yang ingat senang betul nak pindah sekolah, you are wrong. Walaupun dalam Malaysia nih berlambak lambak sekolah, there's also another contributing factor. The subject you are teaching. I just came to know that there is currently no vacancy for English teachers in KL so that is probably why my application was rejected. Ade surat doktor menunjukkan suami saket pun tak dapat jugak. Dari segi tu aku rase kecewa sket. Bukan kecewa sebab aku masih stuck in BP because I have grown to like this place and I think it's OK so as the kids tapi aku kecewa sebab I was really hoping that I could take care of my husband and watch his health.

Wednesday, November 10, 2010

! JUMP !


*if u wanna skip reading this and go ahead with watching the clip, scroll right until the end of this post. Tapi baca dulu baru feel kot. haha.*


Towards the last few days in Auckland, I insisted on trying bungy jumping. I managed to persuade Zabreena and Izza to join the bandwagon. I can be quite persuasive, mind you ;-p My mantra that I kept on telling these two girls was,

Oit rugi woi kita tak buat bungy jump. Kang dah balik mlesia nak buat kat mana? Kat nuzelen nih la asal bungy jumping kottt. Lagipun pas nih kalo nak buat mesti mahal.

Dengan muka yang smug tahap tak hingat aku dok persuade mereka.

Sukses.

Tapi masalahnye aku nih sbenonye gayat dengan tempat tempat tinggi. Bila ade aje kat tempat yang tinggi skit mule la rase kepale lutut nih gegar. Pas tuh rase lantai tak stabil. Pale otak bayangkan kalo terjatuh lepas tuh kepale berdarah darah nanti masuk surat khabar.

Naik aje Auckland bridge yang skit punya tinggi tuh aku da cuak. Tengok yacht sane sini dah terbayang kene cucuk dengan tiang besi yacht tuh. Ah siot.

Izza dengan Zab nampak steady. Ini tidak buleh jadi.

Kami pun tunggu turn dengan nervous. I was the last to go. Dapat tengok semuaaaa orang (we weren't the only ones) jump. Ko ingat itu wat aku teruja nak jump jugak? Oh tidak. Hahaha.

Bila tengok Zab time terjun kena masuk air, aku dah terbayang aku mati lemas lepas tuh time omputih tuh tarik balik abeh keras kejung muke warne biru.

Bila dah turn Izza tengok dia riang ria gembira lepas terjun aku macam ah nak terjun ke tak, nak ke tak, nak ke tak nihh.

Tapi dah bayor 70 bucks (kot, kalo x silap, x ingat dah). 70 x 2.5 = RM 175. Argh, maunye aku nak burn duit 175 hingget cemtuh aje? Memang tak la. (Time tuh seorang student, 175 tuh besor nilainye time tuh ye). Maka aku tarik napas dedalam dan duduk kat kerusi tempat dia ikat ikat kaki dan sesemua tuh la. Dup dap. Ko toreh muke aku dengan pisau mungkin keluar darah putih. Darah orang nak mati syahid. Eh.

Bila mamat omputih tuh instructed aku untuk pegi ke pelantar nak terjun, aku da cemas tahap gabannng. Siap tarik tarik baju dia ngahaha. Perut dia pun aku terpegang. Wah, very lean. Eh. haha sempat.

Bila dia soh amek gambo kat kamera depan pelantar tuh, aku siap wat aksi trademark. Aksi peace. Zaman study memang trademark aku adelah amek gambo wat lambang peace. Gambo kat frenster time tuh semua penuh gamba peace. Kalo tak buat peace rase macam tak lengkap. Macam puasa tapi tak niat.

Lepas aje amek gamba, ah sudah. Aku rase angin kuat gila babeng. Tidaaaaak. Tengok laut kat bawah. Ahhhhhh tidaaaak. Peluh peluh jantan, betina, pondan semua kuar time tuh.

Tapi aku terjun gak, dalam aku geleng geleng pale kate kat mamat tuh "I don't wanna" aku terjun gak. Haha. Terbayang duit da bayo kot. haha.

Adeh. Time terjun, rase sangat helpless. Agaknye orang bunuh diri rase cemtuh la kot. Tangan aku macam nak gapai something yang solid tapi nak gapai ape? Pasrah aje ikut hukum graviti. Bila da rentap, oh waw, sakit gak pinggang. Kali kedua melantun aku dah nak tarik tali tapi tak sampai haha kali ketiga baru dapat tarik. Actually he did told us to pull it after the third bounce. Aku gatal nak pull time bounce yang kedua sebab bayangkan nanti aku tak tarik lepas tuh aku tersangkut kat situ sampai malam. Sengal.

Tapi lepas dah naik tuh memang gelak tak hingat. Adrenaline rush yang melampau. Sepanjang panjang kami jalan balik ke tempat tinggal memang rase terapung. Hahahaha. Bejaye aku prove yang you don't need weed nor liquor to get high. Heho.

Tapi dalam 2 hari gakla ade rase pinggang sakit sket. Sket aje la. Dan efek aku terase seram sejuk bila terbayang time terjun tuh lasted for about 6 months. Time tuh kalo aku ceritakan pasal bungy jumping nih memang aku rase macam berade balik dalam situation tuh. Bulu roma meremang. Darah rush ke otak.

Nak buat lagik?

In a heartbeat, yeah.


Monday, November 8, 2010

kembali

Terkejut rase pagi pagi tadi masuk aje opis dengar encik pembantu am kat sekolah tengah borak borak dengan cikgu nih cakap suami kepada akak F tengah nazak.

Biar betik (dalam hati).

Suami akak F nih la yang tolong saye dulu belikan Si Hensem (my car) sebab dia kerja Perodua. Baik suami dia nih, macam akak F jugak, baik.

Anak anak derang ramai, ade empat orang. Kecik kecik lagik semuanya.

Kak F pun muda, baru aje 31. Suami dia 32. Derang kawin awal, anak anak tengah membesar jadik mereka berdua memang gigih la carik rezeki untuk mase depan anak anak kan.

......

Keluar dari kelas 1 Melati, kak Wawa bagitau yang suami akak F dah pun meninggal.. Innalillah..

Allah tu maha kuasa. Dia yang izinkan kita untuk bernafas, Dia yang beri kita rezeki, Dia yang benarkan sesuatu itu untuk terjadi. Dan bila dah sampai masanya Dia hendak kita kembali kepada Dia, nyawa kita akan ditarik..and it's often without a warning.

Tadi sempatlah pergi ziarah lepas meeting akhir tahun yang menyesakkan nafas. Kagum jugak tengok akak F sebab dia nampak strong. Tak senang nak besarkan anak anak tanpa support system yang kukuh. Support system nih bukan dari segi material saje, tapi juga dari segi spiritual. Our spouses is called our other half because of a very valid reason. They ARE our other half. The one that makes us complete and whole. Bila ada masalah, kita share. 2 orang bergabung dalam satu team, 2 keluarga bertemu jadik satu.

I can't imagine the feeling of waking up without that important person next to us, knowing that he/she won't be around for the rest of time... sedihnya.

My mom became a single mother when she was 33 and had to take care the two of us when my dad passed on. Now that I'm all grown up, I appreciate her more, knowing that it must have been hard. Bila dah besar, kepala otak nih makin matang, we see more than what is laid in front of us.

Harap harap Kakak F dapat membesarkan anak anak dia dengan baik dengan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan mereka dan semoga Allah mencucuri rahmatNya terhadap roh arwah. Amin.