Wednesday, July 28, 2010

jom play a little mind game!

Hari ni ade kursus untuk English teachers yang ajar kelas kelas form 3. PMR is coming but there are tons of students yang fail, almost fail, dan sipi sipi nak lulus. Biasalah, students nih banyak jenis. There are gifted ones, average ones and those who do not perform well (academically). Tak ape, jangan bias, sebab saya selalu berbisik pade diri sendiri kalau semua orang pandai tak bermaknalah dunia ini kan.

Seperti biasa, time kursus mesti ramai muka stoned -_-
sebab mengantuk.
Cuaca memang mengancam kesegaran mata.
Hujan penuh syahdu dari pagi tadi.
Bilik kursus ada air cond sepoi sepoi bahasa.
(Just typing these sentences above made me feel sleepy).

Penceramah yang baik mestilah boleh detect kalau audience dia dah mengelamun ataupun berpikir dalam hati "tido kat rumah pun sodap".

Dan bila dia dah detect, selalunya dia akan bagi mind games untuk menyegarkan minda.

Jadi untuk memotong cerita ini pendek (to cut the long story short), here's the mind game that I want to share with you. I would not spoil the fun by telling what I got.

Tapi before buat menatang nih, you gotta promise me, no cheating okeh! Jangan peep kat the next step tau! Jangan tipu, tuhan marah.

Are you ready?



1. Think of a number from 1 to 10.




2. Multiply that number by 9.




3. If the number is a 2-digit number, add the digits together (kalau 27, add la 2 + 7 = 9).




4. Now subtract 5.




5. Determine which letter in the alphabet corresponds to the number you ended up with (example: 1=a, 2=b, 3=c,etc.).




6. Think of a country that starts with that letter.




7. Remember the last letter of the name of that country.




8. Think of the name of an animal that starts with that letter.




9. Remember the last letter in the name of that animal.




10. Think of the name of a fruit that starts with that letter.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...................
.......................................
...............................................................
............................................................................... (penat pulak asik wat menatang dot dot dot inih).


*garu garu*

*debar debar dan nerves*

*batuk batuk*

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Did you,
by any chance,
thought of Denmark, Kangaroo and Orange?

If you did, you are one of the 98% population who will give the above answers in doing this mind game. If you did not, well, you are one of the 2% of the abnormal/different/special ones (sila pilih mana satu title yang anda berkenan :-D).

Waktu encik penceramah buat menatang game ini, EVERYBODY gave those three answers except yours truly! Dengan muka tidak normalnya I put my right hand up apabila beliau tanya siapa yang jawab differently.

I thought of Denmark. Koala. Avocado.

macam comel aje kalau seekor Koala mengunyah sebijik Avocado di Denmark.

Tuesday, July 6, 2010

If animals have an FB account

My lecturer posted this note on her FB, she got this emailed from a friend. I can't resist, I just have to post this here.

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS dia macam kita.....

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri, gua mau di sembelllliiiiih!!!

Cicak : isteriku tersepit pintu, huhuhu!

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all...

Nyamuk: Siot, bulan lepas gua hantam drug addict. Tadi doctor cakap gua positif HIV... uwaaaaaaa!!

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang, hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles!

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah!

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam....kesian anak bini dia...:((

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan fb kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

My personal favs are the ones I typed in bold. Terbayang kucing saya si Cici dok cakap cemtuh! hahaha.

Thursday, July 1, 2010

If he has a million bucks

Last Tuesday, I asked my form one students to write an essay of what they will do should they have a million bucks. Eyes went round when I mentioned one million bucks and I got to know their hearts' desire.

And I'm halfway marking their books when I stumbled upon this kid's work.

First paragraph, he mentioned taking his parents to Mecca.

Second paragraph, he mentioned about buying cars and bikes for his parents and siblings.

Third paragraph, he mentioned about buying a house and treating his friends for pizzas.

And in the last paragraph...,

"Lastly, for myself, I want a new girlfriend because I want her to become my wife"

-_-"

Honey, I don't think a girl who wants your for your million bucks would make a great wife lah.

until he gets familiar with starbucks.

Hari nih ada hari usahawan cum hari terbuka kat sekolah. Kalo hari terbuka per se saja dah cukup meletihkan (bercakap tanpa henti macam mesin memproses bertih jagung pop pop pop) nih pula sekali campur dengan hari usahawan memang la overdose dengan keletihan.

Just like the previous year, memang tak sempat nak membeli dan membelah di gerai pada awal awal pagi time makanan masih banyak pilihan seperti pergi ke bazar ramadhan selepas asar. Why? Oh it's because the parents keep on coming and I literally talked non stop and was amazed at how I did not get jaw-locked after all the talking is done. Menakjubkan.

And just like the previous year, I asked one of my ever so willing students to buy stuff for me. Hee. Mestilah ada upah. Budak budak sekarang kan amalkan konsep no money no work. Luckily this year the kids that I asked to buy some food for me pandai memilih makanan. Tapi lepas beli makanan pun hanya mampu jeling jeling makanan kat atas meja a few steps away from me. Sebab tengah cakap dengan parents tak kan nak dok ngap ngap ngap? Eventho perut dah menangis nangis kelaparan tapi kerja tetap kerja. Oh.

And when the last parent walked away from the classroom, I went wild. Weehuu, freedom. :-P

The first thing I did was to sip air kelapa. Upah kepada mulut yang dok pot pet dari pukul 730 sampai 1045. The next thing I did was thinking. Eh, banyak tahap gaban jugak lah the food. Memang tak mampu nak menghabiskan unless ada lapan perut. And so I went to find mangsa.

First mangsa spotted.

A kid named Amirhan yang aku selalu ada soft spot for ; first; sebab die tembam dan comel. Secondly; sebab dia baik dalam kelas. Thirdly; sebab he recently turned an orphan lepas bapaknya passed on early this year.

He got a plastic of drink yang ada jelly jelly dalamnya. Macam puding jugak. Sukanya muka dia, aku pun suka tengok :-) Padahal air tuh murah aja kan but a simple thing like that could make somebody so happy. Menakjubkan :-)) Tak tau la how long he will be amazed at air jelly jelly. Until he gets familiar with starbucks kut. Time tuh mesti air lain rasa tak sedap dah :-P Macam adik aku, sekarang kalau makan kek yang non secret recipe related, dia akan wat muka blerghh. Teringat time kecik kecik dulu kalau dapat makan sponge cake bodoh bodoh (does this means kek secret recipe adalah kek pandai pandai?) pun dah cukup gayat. Hahaha.

Lepas tuh ada lah mangsa mangsa penghabis makanan yang lain, termasuklah budak budak yang bukan my students. Konsep tanpa prejudis :-D Every teacher is forced to, eh asked to buy 24 coupons and I bought double that amount (sebab nak kaver kupon yang budak kelas tak beli, takpela, menderma pun kot) so I have a lot. Nak suruh habiskan semuanya dengan membeli food dan makan sorang sorang memang impossible. Osmet pulak dah ditch aku dengan pergi mengikuti rombongan ke Langkawi sobs sobs sobs.

Tomorrow is Friday so yay! Tetapi Saturday ada Latihan Dalam Perkhidmatan kat sekolah so, booo. But I'm still going back tomorrow because I'm going to hand in that borang keizinan kahwin to the pejabat agama and I'll make my way to Batu Pahat early Saturday morning. *sulks sulks* :|