Sunday, October 14, 2012

cool babies make the world goes around.

While waiting for the baby to come out and momma gets to be a baby's stylist, enter, KINGSTON & ZUMA:  Gwen Stefani's boys.










We bought a few apparels that we thought (and still think so!) would look adorable on our baby without losing the cool factor. Yes, kewlness itu penting yah. Hehe.

Pumpkin Patch is now one of our favourite stores and I thought it sounds familiar. The brand. And of course, it is actually based in Auckland, NZ. If only I knew!!!!! I would've bought tons of shirts and pants!

Wednesday, October 3, 2012

The month before THE month

It's October :)

Not for long (I'm sure time will go by very quickly as there are heaps of work to be done before school ends) and my baby will be born :)

Ask me about the feeling of giving birth a few months back, I would've said I'm terrified beyond words.

Ask me now about it,

PASRAH.

Hehe.

No, seriously, I feel honoured. Honoured to be given the chance (inshaAllah) to bring a little caliph into this world. What matters to me now is that the baby will be delivered safely and he's healthy. I don't mind the pain, and truth be told, I'm fine with me dying during labour it that's what it takes. The most important thing to me now is the baby. He's my number one priority. My health, my comfort, my ease, my life, all of them fall into the very bottom of my priority list.

I know he would turn out to be an awesome guy regardless of me being with or without him :)

Lagipun kalau meninggal ketika labour, dikira syahid kan? Penghormatan yang betul-betul tinggi.

Tapi kena pastikan kerja semua settle dahulu kalau tak nanti orang sakit hati kalau meninggal menyusahkan orang lain :D

When will the time be, eh?

Early November?

Mid November?

End of November?

As long as the baby could be in my womb for at least 37 weeks, I'm fine with any time of the month.

I hope all will be well with you. And each day I pray that you would excel in your life, here and the hereafter. Be the awesome man that I've always envisioned you to be.

I love you my darling baby :) It's definitely okay for you to be kicking around when I'm trying to fall asleep. I don't mind. Awesome man kenalah rajin exercise, kan :D

Here's to us, to the next stage and to a great life that you will lead, hopefully, with me by your side too :)

Tuesday, September 4, 2012

Reminiscing the time when I found out I am expecting :)

Tadi time tunggu turn untuk check up, baca magazine Pa & Ma to kill the time. Selak punya selak, nampak satu page dari facebook yang Pa & Ma captured pasal cemana perasaan bila tau dah pregnant. Zuuuup. Terus teringat the day I found out I was pregnant.

The night before I found out I was pregnant, I drank a glass of Diet Dr Pepper (dia macam coke) dengan ais yang memang masyuk lah. Ooh sedapnya rasa. Nikmatnya. Tak terlintas pulak time tu kot tengah pregnant ke hape. My period isn't consistent. Kengkadang dia 28, 29, 30, 31. Averagenya dalam 30. Jadi bila dah lepas hari 28,29 tuh buat rilek saje lah. Sebab dah letih tetiap bulan macam nak saspen bila period lewat a few days. Heh.

Besoknye, hati dup dap dup dap. Memang gatal sungguh nak try Urine Pregnancy Test kit tuh yang memang dah ade stok kat umah. Tapi taknak try waktu husband ade kat rumah, nanti takut dia tengok, dia frust kalau negative. Jadi kalau buat sorang-sorang, negative pun, frust sorang-sorang aje. Or so I thought.

Maka lepas salam husband, dia pun gerak pegi keja. Lari masuk bilik nak try. Muehehehe. Ade nervous sket-sket. Tapi cuba saiko kan diri cakap,"alah nak try aje, kalau negative jangan sedih la, next time boleh try lagi". Tapi, waktu tuh, instinct memang cakap macam there's something. I must try. Tak boleh buat bodoh aje. Lagipun my birthday was approaching at that time. Wouldn't it be the most perfect gift ever, to find out you are expecting? :)

And so I did the test.

And left the strip unattended for a minute or two.

Bila masuk balik dalam toilet, my blood ran cold in my veins. Macam dia froze for a second gitu. My heart skipped a beat too. Could it be?

Ada dua line but the second one was a very faint one. But it was there.

Terus try buat the next strip. Kali nih different brand. Hehe.

Again, two lines! Rather faint. But being someone who was trying to conceive, you will read a lot about pregnancy stories on the internet and I knew a faint line is still considered as positive.

I wanted to cry sooooo bad.

Ye, bersyukur adalah description yang paling tepat pada waktu itu.

Wait, I think I cried bukan wanted to saja dah.

I txted my husband, knowing him, I knew the reply would've been on the dot especially when it comes to this kind of news. Tapi eh eh lambat pulak replynya. Bila call, tak dapat. Sah, line henponnya buat bengong lagi. Cis.

Called pulak opis line dia, dia takda, tapi sempatla sampaikan mesej supaya he would call me back. When he did, dia macam cemas. Takut ada benda buruk terjadi ke kan sebab macam emergency gitu siap suruh call back bagai. Tak pernah dibuek! But I merely told him, cube restart fon untuk baca my text.

Bila cakap cemtuh, dia dah dapat agak dah :)

Lepas tuh dia kol, sounded very very happy! Terus ajak nak pi jumpa doktor bila dia balik kerja nanti.

Malam tu, even though I was quite hesitant nak gi carik klinik yang masih bukak, tapi we managed to find one. Again, I did the UPT test and this time the line was not as faint as the ones I did in the morning. Doktor kata tahniah :) Dia bagi estimated due date based on my last menses.

Dalam kereta, suami cakap "Sekarang saya tau dah cemana rasa bila dapat tau isteri pregnant" sambil tersenyum kambing. He was very happy. We were both grateful for the opportunity to experience pregnancy. The next people I informed was my mom who was very happy too!! To date, memang nampak dia eksaited nak dapat cucu sulung.  Baju pun siap dah belikan bagai. And then I texted my sis in law and my besties. Lepas tuh reached my closest friends via FB by PM-ing them. Of course, they too were over the moon :) It felt so good to know that people were happy for us.

From that day onwards, memang amek langkah berjaga-jaga. Jalan pun perlahan-lahan. Makan memang jaga habis lah. Allah dah bagi anugerah lepas lama menunggu, tak sanggup rasanya nak men belasah aje melasak dan makan pelbagai.

Sekarang, kejap aje rasa dah 7 months. Syukur sangat-sangat. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan selamat lah kami menimang cahaya mata pertama nih. Tengah sabar menanti nak dukung dia for the very first time. In the meantime, semoga dia selamat membesar dengan sempurna dalam perut ibu dia ni :) InshaAllah.

Sunday, August 12, 2012

Diari Ramadhan Mak Yung

-- Tajuk nak bajet, kan. Haha. Teringat cerita Diari Ramadhan Rafique.--

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk rasa berpuasa ketika hamil 5/6 bulan. Sekejap aje rasa. Dah nak raya dah. Kalau suruh evaluate puasa sendiri bagi tahun nih, oh, tak banyak bintang boleh saya bagi untuk diri saya. Masih baaaaannyak lagik perlukan improvement. InshaAllah kalau ada rezeki untuk jumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan, harap adalah improvement.

Dan bulan ni juga saya tak dapat berpuasa penuh kerana ada kekangan tertentu walaupun pada awal Ramadhan kemain suka sebab ingatkan puasa tahun ni dapat puasa penuh. +__+ Mencabar rupanya berpuasa time pregnant. Siapa yang dapat berpuasa penuh tuh, untung sangat-sangat..

Tahun ni persiapan raya hampir kepada zero. Hampir saja ya sebab semalam berjaya beli jubah as baju raya merangkap baju untuk dipakai ketika semakin memboyot :D Untuk suami masih lagi zero. Nampak gaya tahun ni lebih kepada persiapan baby ;) Asal masuk aje kedai baju baby, mesti awwwwww comelnya baju yang itu! =D

Dalam bulan Ramadhan ni kebetulan ada dua baby expo, satu kat Mid valley dan satu kat KL convention Centre. We went to both walaupun time bulan berpuasa. Dapatla merembat pelbagai barangan yang berbaloi-baloi. Dapatlah banyak free gifts (I like this part- ngeheheh). Masih ada lagi barangan yang belum lengkap, slow-slow kayuh orang kata. Nak beli last minute semuanya sekaligus memang bisa meruntun jiwa nanti. Haha. Sebab tu kami start dari bulan ke 5 of pregnancy.

Tahun nih tak buat kuih raya unlike tahun lepas. Balik sekolah, sampai rumah dah nak pukul 6, kalau sibuk nak pulun buat kuih raya waktu malam nanti alamatnye ade oven yang kene buang dalam tong sampah. Hehe.

Pembesaran perut dah makin ketara, jalan pun dah semakin menyiput. Honestly, bila naik tangga tingkat tiga untuk pergi ke kelas tu memang kadang-kadang rasa nak pakai knee guard aje. Dan juga semakin out of breath kalau melasak sangat. Kadang-kadang tu stop sekejap kat pertengahan perjalanan naik tangga tu bagi amik nafas sket. Paling sweet kalau ada budak-budak yang concern tegur, teacher, be careful ya.. Adalah dalam dua-tiga kerat budak yang cemtu.

Masalah yang paling utama (for me,anyway) untuk berpuasa time pregnant cemni adalah dehydration. Haus sangat sampai kadang-kadang cakap pun merapu aje dalam kelas. Siap peluh-peluh sejuk lagi tu keluar. Balik bilik guru memang melepek lah, sambil jeling-jeling jam counting the hours to get back home =D Bila time sahur/buka tuh memang target minum air banyak-banyak sebab dehydration during pregnancy adalah tidak elok.Tapi semua nih pengalaman. Bolehla nanti cerita kat anak, bila dia dah faham, cemana ibu puasa waktu dia dalam perut. Hehe. Oh ye, paling suka sekarang nih kalau buka puasa adalah dengan air Ribena.

Sebelum Ramadhan, pernah bertekad tamau lagi pergi buffet Ramadhan untuk bulan puasa kali nih. Tapi, akhirnya, tewas. Haha. Nafsu nak makan benda manis-manis memang terlalu meluap. Dessert macam menari-nari depan mata. Akhirnya last week ajak husband pegi jugak buffet Ramadhan. Sampai aja terus attack meja dessert, bawak ke meja. Masuk aje waktu berbuka puasa, oh, seronoknya dapat makan dessert...rasa macam nak nanges. Bende lain tak makan sangat pun time tuh, tapi layan dessert aje sampaila kenyang. Membazir sangat sebenarnya pergi buffet Ramadhan, dah lah skarang nih bukannye boleh makan banyak pun..tapi tuhla, nafsu kan. So this is one of the reasons why I mentioned earlier in this post how my performance during Ramadhan this year tidak lah boleh dibanggakan.

Minggu depan dah raya.. ada lagi beberapa hari tinggal dalam bulan Ramadhan ni. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah di penghujung Ramadhan! Dan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin :)

Wednesday, July 18, 2012

baby's movement

I've been feeling my baby's movement for a few weeks now. It was subtle in the beginning and I used to not be able to tell it apart from gas. But now, it's obvious. It's the best sensation. It tells me that my baby is there. It never fails to make me feels grateful to Allah.

But yesterday my baby didn't move as much as before. Although I read on the internet at my time of pregnancy, it is pretty normal but surely, the worry was there.

This morning, I talked to my baby.

"Geraklah baby, ibu rindu awak.., ibu risaulah. Ibu sayang awak"

And right after that, the baby moved!

Sampai sekarang masih terasa dia gerak-gerak.

And my tears just keep on rolling.

Alhamdulillah.

Risau, memang risau walaupun tak ada apa yang patut dirisaukan InshaAllah. Tapi, the baby comes first. I don't mind not feeling well. I don't mind the pain. I'm okay with the discomfort I'm feeling. As long as the baby is fine.

Sorry baby, ibu nangis. Sebak sangat rasenye tadi. I love you so much even though I haven't met you yet. Terima kasih sebab bagi respond tadi =)

Monday, July 16, 2012

cerita pemberian taraf berpencen

adoyai nye pun. *suara hati seorang yang frust*

Untuk kakitangan kerajaan, kita tau kan salah satu keistimewaan dia adalah sebab pencen. Kalau saya meninggal dulu, dapatla anak & suami duit pencen. Kalau umur saya panjang, dapatla rasa duit pencen tu selepas dah tak keje lagi. Cukupla inshaAllah time tu guna duit tu untuk makan minum, bayar bil dan ubat (assuming time tu tak payah bayar utang kereta lagi dah dan rumah dah abis dibayar).

Selepas tiga tahun berkhidmat di jabatan kerajaan, kerani jabatan akan uruskan supaya pemberian taraf berpencen nih dapat diselesaikan as soon as possible. This is the catch. I don't really like to depend on other people when it comes to things that could affect my future. Sebabnye; tak semua orang dependable. Ada orang boleh selamba saja take it easy dan tak buat perkara yang sepatutnya dibuat -__-

I've transferred school in June last year and prior to that, I have checked with the person in charge (in my school) to make sure that my 'pemberian taraf berpencen' is on the right track. She said it's okay and on it's way to be settled. I've even signed the form that indicates I agree to take the taraf berpencen.

To cut the long story short, it wasn't okay. Not even halfway on its way to be done. It's still a loooooooong way, perhaps?

For almost a year, I've called and checked and called yet again and the answer had always been "Oh surat tak sampai lagi" Alamak ai.

And now I found out ceh, memang takda pun rekod dalam SPP yang pemberian taraf berpencen saya tuh dah diuruskan. Terpaksala nampak gayanya mintak kerani sekolah baru tolong buatkan tapi itupun kena tunggu buku rekod perkhidmatan dari sekolah lama untuk sampai ke sekolah baru ni. Yes, da setaun pindah tapi dia tak pos-pos lagi bende alah yang penting tu. Bukan tak pernah mintak, dah pernah da mintak..

So now it's the waiting game lah nampak gayanya. Harap dia betul-betullah akan pos kan benda yang penting itu and I can start bugging the clerk at my new school about my taraf berpencen.

Leceh kan, proses dia? Kalau lah boleh buat sendiri semua ni, sanggup saya turun naik pejabat SPP.  Tapi tak boleh. Haih.

Lupa pulak nak baca surah Toha ayat 1-5 before cakap dengan kerani sekolah lama tadi mintak dilembutkan hati dia untuk permudahkan urusan ni =p

Permudahkanlah urusan orang, inshaAllah urusan kita akan dipermudahkan.

Kalau boleh tak nak la buat keadaan menjadi kecoh dan menutup periuk nasi orang dengan melibatkan pihak lain tapi kesabaran manusia nih kengkadang ade gak limitnya. Seperti yang disebut kat atas tadi, it's the waiting game. Makanya on top of other things yang kena difikirkan dan diselesaikan (school related), ditambah la pulak dengan satu hal nih. Heh. Saya dah kerja since Januari 2008, jadi kalau boleh memang nak sangat benda ni cepat selesai.

Jadi pada adik-adik yang kerja kerajaan tu (especially those who are working in school...) bila dah cukup 3 taun tuh, sila lah bug the clerk of your school supaya senang nanti urusan anda. Terutama kalau pindah sekolah nanti. Kecil aja halnya sebenarnya cuma tuhla, tak semua orang akan buat sesuatu perkara seperti yang kita harapkan walaupun hal ni besar impaknya pada hidup seseorang. Sadly.

Semoga cepat dapat diselesaikan dengan izin Allah. Amin.

Wednesday, July 11, 2012

Tips untuk pregnant

Ehm, rasanya post nih kene ada rating. 18 years and above only. Kalau bawah umur nanti kang baca pening pulak kepala.

Kami kawen dah setaun setengah baru ditakdirkan Allah untuk saya pregnant. Jadi sempatlah merasa dapat macam-macam tips untuk pastikan usaha berhasil. *cough*

Untuk 8 bulan pertama kahwin, kami duduk asing asing. Husband kat KL, I was in Johor. Mintak pindah tak dapat, maka selama 8 bulan tuh selalulah jadik musafir. Meeting point kat Melaka (kampung kami). Pagi-pagi senin akan gerak ke tempat kerja masing-masing.

Lepas dapat duduk sama, memang ramai yang ingatkan "wah lepas nih teruslah lekat!" Saya senyum aje. Hehe. Sebab tau kami nih tak macam orang lain, it is a very private matter tapi Alhamdulillah lepas tuh Allah makbulkan doa kami jugak =) Thank you Allah. It brings tears to my eyes each time I think about how it feels like a dream that came true. And because of that, I try to avoid from complaining. Bila dah dapat apa yang memang kita betul-betul hendak, rasa malu dan segan sangat nak komplen tentang sakit pening bagai. Kalau ngadu kat suami sebab nak manja tuh adelah hehe =P

Bila baca kat internet (blog, forum, etc) rasa hati ni sangat tersentuh bila baca tentang orang yang tunggu sangat lama untuk dapatkan zuriat. Bayangkan, tunggu sampai 4,5 tahun tapi masih belum ada rezeki untuk dapat baby sendiri... Rata-rata orang yang da kahwin memang nak kan zuriat sendiri. In fact, kalau boleh tu, lepas kawin aje nak terus positif bila check UPT. Tak gitu?

Tapi rezeki masing-masing Allah dah tetapkan. Yang perlu kita buat adalah berusaha dan berdoa =) Oh ye, dan jangan stress.

Assuming that you and your partner have zero health issue, cubalah amalkan petua-petua kat bawah ni manalah tau berkesan.

  • Spot the days when you are fertile. Orang perempuan bukanlah subur setiap hari dalam sebulan tuh.  Usually, hari subur orang perempuan adalah dalam hari ke 12-18 selepas haid. Depends on people and it also changes from month to month. So to be on the safe side and to ensure that you 'do' it on the right time, 'do' it every two days. Contoh : hari ke 12,14,16,18. Sperm boleh bertahan untuk beberapa hari dalam uterus. 
  • There are two ways (that I could remember) on detecting your fertile days. First, is via taking body basal temperature (I could be wrong about the name). Ada thermometer khas yang boleh dibeli kat pharmacies. Kena amek suhu setiap hari pada masa yang sama dan buatkan graf. Nanti akan perasan yang ada hari-hari di mana suhu lebih tinggi dari biasa. Itu adalah hari subur. Secondly, kena alert dengan cairan yang keluar (keputihan). Pada hari subur, keputihan tu lebih jernih dan lebih banyak dari biasa.
  • I still remember ada akak-akak kat sekolah lama yang sarankan jangan straightaway nak bangun lepas bersama. Baringlah dulu.
  • Pernah dengar tak petua orang kata minum susu kambing kalau nak dapatkan zuriat? Ada yang menyatakan, kadang-kadang, dalam rahim kita ataupun dalam badan suami, ada jin yang menumpang. Itu boleh sebabkan kesukaran dapat zuriat. Kalau sentiasa minum susu kambing, ini boleh menyebabkan dia pergi dari badan kita. Lepas tu inshaAllah la ada peluang untuk dapatkan zuriat. I don't know how legit this is. Takut silap dengar. Tapi tak salah mencuba. 
  • Jangan lupa untuk berdoa. Search saja internet untuk dapatkan potongan ayat dari Al-Quran yang boleh diamalkan. Antara yang boleh diamalkan adalah "rabbi habli milladunka zurriyatan toyyibah innaka sami' uddua". Nih telah dirumikan, elok cari bukan rumi untuk baca mengikut tajwid yang betul.
  • Banyakkan membuat amal jariah, bersedekah. 
  • Elakkan minum air kelapa, air bikarbonat, makan nenas dan papaya. Manalah tau kot-kot dah lekat tapi nanti gugur pulak awal-awal sebab badan tak tahan dengan makanan/minuman tu. Tapi saya dulu belasah aje makan dan minum sebelum tau pregnant. In fact, malam sebelum tau pregnant tu, dok minum segelas air bikarbonat dengan syoknya. Nasib baik lah takde pape -__-"
Itulah serba sedikit tips yang kami dapat sebelum ni. Nih antara yang teringat lah. Tapi again, nih untuk yang takda health issues tau. Kalau ada health issues, it's best to go and seek professional help. InshaAllah ada jalannya. Tapi both husband and wife kena bekerjasama. It takes two to tango and yes, two to make a baby too. Kalau dah lebih setaun kahwin dan masih belum dikurniakan zuriat tapi kedua-duanya sihat, pun kena jumpa pakar juga. Kalau belum setaun kahwin dinasihatkan rileks dulu, try secara natural unless usia dah lewat.

Kepada yang dah berkahwin dan hamil/dah ada zuriat, jangan lupa ucapkan syukur kepada Allah SWT. Ini adalah rezeki yang tidak ada nilainya. Dan juga satu amanah yang sangat besar. Mudah-mudahan kita dapat didik anak/bakal anak untuk menjadi muslim yang berkualiti. Sekarang nih dah ramai sangat remaja yang dah jauh tersasar dari mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Jadi kalau boleh, ramaikanlah golongan orang muda yang soleh/solehah, berjaya dunia dan akhirat. Semoga dipermudahkanNya untuk kita bimbing anak-anak kita. Amin.

Monday, July 9, 2012

Puasa ketika hamil

Bulan puasa tak lama lagi saje =) Seronok sangat sebab dapat chance untuk hadapi Ramadhan lagi, dapat try untuk membanyakkan pahala dan inshaAllah dapat didik baby dari dalam perut tentang ibadah puasa. Hee.

Tapi tak boleh nak tipu, tetap ada rasa nervous.

Haritu ada ganti puasa, boleh tahan lembiknya. Terpaksa tidur sebab rasa letih tahap gaban.

Jadi rasa nervous tu datang sebab risau, dapat ke tidak jalani ibadah puasa dengan baik kali ni. Kalau boleh, nak cube penuh berpuasa supaya lepas ni tak payah fikir nak ganti ganti lagi dah. Tapi itula, manusia mampu merancang saje. Wanita hamil boleh berbuka kalau risau akan keselamatan baby/diri sendiri time berpuasa.

Setakat nih a few tips yang dapat dari rakan rakan adalah:

  • Makan kurma waktu bersahur dan berbuka.
  • Makan oat waktu bersahur.
  • Minum air secukupnya dan susu ketika bersahur is not a bad idea too
  • Untuk make sure dapat buat ketiga tiga di atas ni dengan baik, gamaknye kene bangun sahur awal betul lah ni kan kalau tak mau kembung perut dibuatnye :P
  • Ada jugak yang rekemen amik jus tok guru. Nanti inshaAllah nak try, tapi kena tunggu balik Melaka sebab taktau nak cari mana kat KL nih =P
  • Cakap cakap dengan baby agar bersabar. Ibu dia nak berpuasa. Nih lebih kepada psychology maybe.
Masih tengah kumpul info lagi pasal puasa ketika pregnant. Semoga dipermudahkan lah. Next check up is early August, time tuh doc nak buat detailed scan. Semoga berjalan lancar. Dup dap each time before check up.

Friday, June 29, 2012

things i love about facebook.

Selain sebab senang nak online shopping (I'm not really a shopaholic, mind you - although it can be a tad seasonal. ahem hehe) dan juga dapat tengok update kengkawan (tengok gambar baby baru, etc), facebook nih best sebab selalu jugak dapat tengok benda benda berguna yang memember share. Kalau gambar yang memualkan atau scary tuh kalau boleh cepat cepat nak click hide lah kan tapi kalau gambar yang ade quotes yang membina ke, kartun yang best ke, link ke website yang  bermanfaat ke, memang rasa suka sangat =)

contoh :

 heheehe.
dan,
 boleh punya, inshaAllah.

Monday, June 18, 2012

Amalan ketika hamil

Okay, jadi, waktu preggie, elok:

  • minum susu (malangnye skang ni boleh minum susu yang biase biase tuh aje. susu utk ibu mengandung tak berape nak lalu. substitute dgn makan vitamin yang doc bagi - neurogain, calcium & iberet folic).
  • makan kurma & kismis
  • minum air kelapa (hujung2 pregnancy. but a colleague of mine who got pregnant a month after me have started drinking it. baik utk kulit baby, nanti bersih gitu. okay. shall not risk it. will wait until I'm 7 months before I start attacking the kelapa like crazy)
  • minum & sapu minyak kelapa dara. (heard tanamera's good. again, only until I'm 7 months preggie before I start consuming it. A lot of reviews said it helped them during delivery. TIADA KOYAKAN! - it instantly went to my MUST CONSUME list).
  • makan fruits. 
  • well-cooked dishes. BYE SUSHI.
  • baca al Quran especially surah - surah : surah yusof (supaya elok rupa paras), surah luqman (supaya anak mendengar kata & bijak) Surah Maryam (memudahkan bersalin) & surah Yaasin. 
  • jage perlakuan, tutur kata & adab. Bagus, bagus. Boleh didik diri jadik lebih baik. Harap-harap berterusan sampai lepas bersalin pun :) 
Ape lagi eh? Oh my. Kadang kadang rasa macam banyak betul info masuk dalam kepala. Lepas tu lupa. Hehe.

Wednesday, June 6, 2012

graduated. off to the next stage.

internet's back on after about 3 weeks of deprivation. heheh.

The email from a baby-stuff website (excuse me, pregnancy brain, can't recall the exact name of the website) reminded me that last week I have graduated from the first trimester. huge relief!

People been saying that pregnancy experience differs from one person to another but so far, weirdly, mine is as exactly as described on the internet. But I suppose that's great because I know what's going on and why :)

Thank goodness, the second trimester has been really good to me.

I am not as exhausted as before. Previously, it's like my battery was flat. Most of the time. I'm lucky enough that I only need to go to work at about 1130ish AM everyday (I'm teaching the afternoon session kids) so I got to sleep and recharged my battery before I'm off to work. After a half day battle at school it's usually nap time by 1030 PM. I didn't even prepare the meals anymore. I couldn't stand the smell of just about everything. A very, very challenging phase. The exhaustion, I read somewhere, is caused by the body trying to build a new organ which is the placenta.

Now, I am happy to report that I am okay with cooking. The smell isn't so so bad anymore and the exhaustion is more tolerable. The pain in my well, lower part of the abdomen, has also subsided. (The pain is because the uterus is getting bigger). Oh but I am still on chicken-free diet. Although a few nights ago I had a very strange dream about ayam percik practically dancing in front of me. Huh.

The latest sonogram scan I did managed to put a very wide smile on my face. I could see the baby kicking and throwing punches. I haven't met this baby yet but every single day, I'm full of love for this tiny one :) Guess my maternal instinct is starting to kick in. Good :) But I can't deny that there are definitely days where I have doubts. Particularly on whether I would succeed in being the best mom for this baby. It's a huge responsibility that I pray everyday I would be ably to carry out.

There are also times where I've started to think about the day. You know, when I shall have to push him/her out of my urm down south part? Hopefully that will work out fine for the baby and I.

I still have many more months to read/do research about parenting, giving birth etc so I'm going to enjoy this ride as best as I could.

Alhamdulillah for this opportunity to be able to experience pregnancy. Thank you Allah.


Sunday, April 15, 2012

minggu 8

Alhamdulillah. Diam tak diam, dah nak 8 minggu inshaAllah. Setakat nih masih tak kuasa nak announce kat facebook kecuali bagi PM kat kawan kawan terdekat saje. Maybe bila perut dah memboyot (although sekarang pun sudah bonc tapi I blame it on the lemaks hehehehe bukan baby bump, ini lemak bump. naaaais) barulah upload gambar kat fesbuk, bagi memenuhi permintaan peminat (eh?).

memang sungguhlah everyday is a new day. Ayam, which used to be my favourite main dish is now no longer a favourite of mine. In fact, I can't even stand the sight of it. Let alone the smell. Ayam goreng is like my number one enemy. So far. And it's so weird to think of how I have no control over it. I honestly used to like ayam. And now, I'd rather eat nasik with only sayur should there be ayam.

My appetite has been quite poor lately and it has ahem helped me to reduce weight, actually. Wallaweyh~ But there's been no throwing up though except on several occasions previously that were triggered by 1) phlegm 2) brushing the teeth. I do, however, feel nauseous every now and then. And right now, as I'm typing this entry, my mind keeps on wandering off about ayam and it's making me feel... queasy. Haha. Kurang ajar sungguh ayam goreng itu.

I also get tired easily. Sometimes, words can't describe how tired I'm feeling especially right after going up and down the stairs and getting into a love-hate relationship with the kids. Heh.

And I loooove fruits these days! They taste so good. So refreshing.

I hope things will go smoothly for us. There are definitely times where I can't help but to be remembered of those sad stories that I read on the internet and freaked out. InshaAllah, inshaAllah things will be fine for us. Positivity all the way, babe!

And so far, I feel so thankful. Although my body is behaving all weird, I'm not complaining. It has always been a dream for us to have our very own 'mini me' and to complain about these little stuff would be so, so wrong.

Pray for us! :)

Wednesday, March 28, 2012

good things come to those who wait

It's very true :)

so be patient.
have patience.
and have faith.

and one day, it will happen.

pray for us.
for a wonderful journey.
inshaAllah.

Tuesday, March 27, 2012

Hello little bean :)

Everyday is a new day for me.

Contohnya, semalam badan macam banyak angin. Asyik nak buang angin aje. Kadang kadang dalam kelas pun terpaksa. Hehe. Tak buleh tahan!

Harini macam okay, tak ada angin sangat.

Mual mual belum lagi, cuma the husband aje so far yang mual mual hehe.

It might change in a couple of weeks though.

Takpe, saya redha! Janji the lil bean is growing healthily :) Biarlah nak alahan cemana sekali pun, inshaAllah I will go through it patiently sebab we have been so patient waiting for this to happen (a year and a half to be exact! )and it would be so, so wrong to complain bila ada kesukaran sedikit, kan.

Sekarang ni every time lepas prayer, doa yang paling 1st adalah for the lil bean. Agaknya lepas dah scan, dah dengar heartbeat, dah nampak dia gerak gerak and rasa the movement dalam perut, mesti laaaagi menebal rasa sayang tuh kan. Rindu pulak rasa kat my mom.

Kebetulan ahad lalu (25th march) was my birthday. Allah bagi hadiah birthday yang comel sekali, satu khabar berita yang mengujakan. Alhamdulillah.

InshaAllah semoga this 9 months ride will be a smooth one for us :)

Tuesday, March 13, 2012

second chance

I've decided to stick with school :)

It's such a relief to finally be able to make up my mind. And I feel good about it. Yes, there are many perks of working at that new place however sometimes we must not succumb to our whimsical needs.

I believe, in our circumstances (now and for many years to come), it is best for me stay in school.

Wish me luck. Wish us luck.

Tuesday, February 28, 2012

nervous and anxious

I'm super nervous.

I'm having nightmares that things would go wrong.

I'm hyperventilating and it's far from fun.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Today would be my last day in school inshaAllah.

The new chapter shall begin tomorrow.

I have no idea of what to expect.

There's no telling on how the future shall be.

Did I make the right decision?

I am so very confused. I am so scared too.

Yes, probably scared is the right word to describe the state I am currently in.

I hope this IS the right decision for me.

There are many highs and lows for leaving school.

I am in doubt. And when I am in doubt. To You I turn to.

Ya Allah.

I believe in this path that you have destined for me.

inshaAllah things will go smoothly.

inshaAllah.

Thursday, February 9, 2012

Cinta awak! *blush

Tak pernah buat posting cemgini.

Hari nih langgar pantang! Hehehe.

Suami saya nama dia Ammar Mohd Saufian. Dia nih waktu form 3 sampaila form 5, sekelas dengan saya. Dia pindah ke sekolah saya dari Port Dickson. Sumpah jarang bercakap waktu form 3 tu. Sebab saya ni pendiam. Hehe. Pemalu. Hehe. Ke sombong? :D

Tapi memang time tu dia antara yang famous la kat sekolah. Ramai pempuan nak ngorat. Hahahaha. Biasala, time sekolah kan, ramai girls daring yang suka tengok lelaki macho. Cehwah.

Form 4 and 5, dia sepatutnya gi sekolah lain. Tapi tak jadi sebab ada complication. Maka sekelas la kami. He was the only guy.

Mesti dia bosan tahap gaban time tu. Haha.

Bila form 4 & form 5 nih kerap la sket kami bercakap berbanding dengan waktu form 3.

Tapi memang langsung takda perasaan cinta dan sebagainya. Memang tak terfikir langsung lah satu hari nanti mamat nih akan jadik somi saya.

Lepas SPM, kadang kadang kami berhubung gak.

Pernah lah dia join makan makan dengan saya dan rakan rakan sebab waktu tu saya dah nak pigi sambung belajar.

Waktu tu dia belanja saye eskrim Baskin Robbins sebab a week before that (rasanya) ada game Man U dgn another famous team (lupa team apa), dia kata kalo Man U menang, "aku belanja ko eskrim okay"

Man U menang. Haha.

Time saya study kat Nuzilen masih la kadang kadang kami berhubung. Kawan biasa aje lah tapi. Masing masing ada gelpren/boipren time tuh :D

Ada satu hari tu, saya dah balik Mlesia, waktu tu baru jumpa boipren kat KL, tapi dpt jumpa kejap aje. Lepas tu menonong balik sorang sorang pegi ke Puduraya. Dapat tiket bas yang lambat. Macam kena tunggu 2 jam la cemtu. Bagitau kat dia time tu (dengan niat to kill the time sambil bergosip dan mem-bitching), last last dia kata dia akan datang temankan. Maka merayaulah kami ke Petaling St. Makan makan sket, borak borak sket. Saya tak ramai kawan lelaki, jadi dia adalah one of my guy friends yang saya suka borak, suka kongsi masalah.

Ditakdirkan hati kami kuciwa dengan pasangan masing-masing lepas itu. Kami pun mula berhubung dengan lebih kerap. Masing-masing bagi semangat kat masing-masing. Time tu saya kata tak nak bercinta lagik dah, lepas ni nak kawen dengan mamat korea terus :D

Satu hari tu dia belanja saya nengok konsert Butterfingers kat Istana Budaya. Saya pergi sebab Hujan jadi guest artist. Dan waktu lepas konsert nih, ada lah satu peristiwa yang memalukan/menggelikan hati haha. Sampai bila bila akan ingat peristiwa nih sebab gila mahal experience nih! XD

Lepas tu makin kerap kami keluar.

Tak sedar entah sejak bila perasaan tu melampaui perasaan sayang pada kawan :)

Lepas tu merisik, tunang, followed by kahwin.

Macam mimpi.

Rupanya lelaki nih la yang jadik somi saya.

Memang perjalanan hidup ni tak pernah dapat kita duga secara specific. Indah :)

Bila dah kawin, saya rasa bersyukur.

Saya bukanlah perempuan yang terbaik dalam dunia. Jauh panggang dari api. Banyak betul kekurangan saya. Tapi I am learning to be better.

Bersyukurlah saya sebab suami saya penyabar. Pandai masak (seriyes pandai okay!). Tak mudah marah. Bijak. Memahami saya inside out. To sum it up, he's perfect for me. Dialah pelengkap saya.

Bagus betul perancangan Allah.

Walaupun suami saya sakit, bagi saya tak apa, nih ketentuan Allah untuk dia. Saya akan buat sebaik mungkin untuk tolong supaya tak jadi worse.

Sebab saya sayang dia.

Bila kita sayang seseorang, kita sayang dia dalam apa jugak keadaan :)

Untuk suami saya yang gagah perkasa, hensem, bijak dan cemerlang (fuh, adjective! XD),

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu

Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Nih lirik lagu Yuna, terukir di bintang. Bagus ada lagu cemni. Terus mengingatkan kita pada orang yang tersayang. How much we love that person :)

Saya harap dia tak pergi dulu sebelum saya. Saya nak lalui hari hari yang indah dengan dia dan pergi dengan senyuman yang manis sebab dapat tengok lelaki yang saya cintai pada penghujung hayat saya.


Sahabat

Saya kena ajar satu kelas sivik sebab kekurangan cikgu nak ajar subjek tu :(

Semalam baru ajar derang pengaruh rakan sebaya.

Memang besar pengaruh rakan sebaya ni.

Boleh jadikan kita lebih baik dan sebaliknya.

Pengaruh rakan sebaya ni tak terbatas pada zaman remaja aje.

Sampai lah dah dewasa, kawin, beranak pinak, dah tua, masih ada pengaruh rakan sebaya nih.

Tak percaya?

Ramai makcik makcik dan pakcik pakcik yang join aktiviti di masjid, aktiviti pengayaan iman sebab mereka ada rakan yang join aktiviti tersebut. Kalau perasan lah. Hehe. Kan bagus tu pengaruh macam tu :)

Okeh, berbalik pada topik posting ni.

Sahabat, yang selalunya merupakan rakan sebaya, kadang kadang boleh menjadi ubat bila ada masalah.

Cuba kalau kita susah hati, cakap dengan kawan, tak kisah lah face to face atau through a phone call, lepas tu hati rasa lebih tenang :)

Alhamdulillah.

Macam tu lah yang saya rasa tadi.

Time kasih sahabat sebab call tadi.

Walaupun call itu sebenarnya untuk berkongsi masalah dia, tapi call tuh juga dah banyak bantu saya untuk tenangkan hati :)

Dulu pernah sebut how I am waiting for THE letter.

Dah dapat da semalam. Tawaran to teach in a local university. Bukan pensyarah, masih lagi cikgu. Saya belum ada Masters.

Cuma ada satu perkara yang merunsingkan hati.

The posting.

Tak sanggup berjauhan dengan suami. Bukanlah sebab manja. I can live independently. Cuma, tak sanggup nak biar suami bersusah susah. Dia kena jaga makan...sebab sakit dia. Alhamdulillah lepas kami dok sama, nampak ada perubahan yang lebih baik :)

Tapi sahabat saya telah menenangkan hati saya.

InshaAllah akan ada jalannya. Pasti Allah akan bantu.

Peluang tak datang bergolek golek setiap hari.

And I am not really the kind of person who could go through the same routine for years without any advancement.

Hati rasa tak puas..

Maka sekarang ni peluang dah ada di depan mata.

Semoga dipermudahkan Allah, Perancang yang terbaik.

Dan to my sahabat, Miss Nurse yang awesome, yang saya panggil Wedah sahaja hehehe,

Semoga berjaya hadapi dugaan daripada Allah ini dengan baik.

Terima kasih, saya sayang awak :)

Wednesday, February 8, 2012

American Idol 11 : the top 24

(SPOILER ALERT : Please don't read this post if you are not into spoilers)

I am certainly a fan of american idol. I don't know why but I'm a sucker for this show. I guess it's exciting to see someone becomes somebody from being a nobody.

and of course, those bad auditions are simply irresistible.. :D

As I have always been impatient, it's just natural for me to google for those who actually made it to top 24.

I'm glad the list has been leaked.

and it's definitely a joy to see philip phillips is there on the list. heheheh.




Did your favourite made it?

Friday, January 27, 2012

do you BB?

BB here refers to BB cream :)

I am the kind of person who loves to get her face done before going out. This was done quite excessively (hehe) when I was younger. Early and mid 20s.

Now that I am married, I often have to take into consideration on how long the other party is willing to wait for me :P

Not that long I reckon.

So this is where BB cream comes in handy for me.

I started using BB cream sometime in 2009. I used to be a sucker for anything Korean (now I've recovered) so when the BB cream wave hit the world, of course, I have to be part of it too. Naturally.

BB cream is like an all in one tinted moisturizer. Gives natural looking coverage with heaps of benefits (sun protection, heal the blemishes, and the likes). Truth be told, after years of using it, I don't really notice the healing of blemishes but I continue to use it because it seems to be faster than the usual foundation and I also love the fact that it looks natural, far from being cake-y.

What I did normally (and this routine would take me less than 5 mins) are :

1. Squeeze an adequate amount onto my palm (I only need about the size of 10 cents coin but this differs - according to brands)

2. Dot it all over my face.

3. Blend.

4. Extra dots and blending (by patting) on troubled areas.

5. With a bit of eyeliner, mascara and a lipgloss, I'm done. And oh, face powder too to set everything right. Hehe.

Easy peasy. And it works wonder. So that's why I have long ditched the normal foundation.

I have only used 3 products (the full size tube) and some samples which brands and types I've forgotten.

But those 3 are :

1. Dr G (or also known as Gowoonsesang) Brightening Balm.
2. Missha M vita BB Cream.
3. Etude House BB Magic cream.

And my favourite is definitely the one by Dr G, followed closely by Etude Magic. The former needs only a little dollop for each use while the latter needs a tad more. I bought Dr G at Sasa and I'd need to go there soon to get me a new tube. The other two brands can be bought at their own outlets.

I could see many brands producing BB cream nowadays and since I've found the one that works for me, I'd rather not try other brands.

Before purchasing a tube of BB cream perhaps it's wise to ask for a sample so that you know whether it will be suitable for your skin. Or perhaps, just tell the Sale Assistant your skin condition and she would be able to find the one that works well for your complexion. Skin changes as we age and sometimes, it also changes according to humidity and weather so you might like to have a few choices as a back up. There are also people who use different BB cream for day and night. It all falls back to what works well for you :)

So, do you BB?

Wednesday, January 25, 2012

saying I do.

Kalau omputih derang ckp I do lah kan, tapi kalau muslim, suami je yang lafaz akad. Yang isteri cakap setuju dinikahkan ke tidak aje. Hehe.

In about two weeks, a friend of mine is getting married.

Dulu dia yang amik gambar wedding kami, nanti dia pulak yang di amik gambar ;p

She'll be getting married nun jauuuuh di perlis. InshaAllah we'll be there. By hook or by crook omputih kata.

Apa perasaan time wedding date dah dekat ek?

Kalau ingat balik, rasanya kalau tak silap rasa macam "eh eh betulke aku dah nak kawin ni". Lepas tu rasa "cepatlah masa berlalu boleh tak"? Bukan sebab gatal nak kawen ke ape :"> Tapi sebab rasa macam serabut selagi hari yang penting ni tak dilalui as there are mountain of things to be done before the date arrives.

Bila da setel akad, majlis dan amek gambar. LEGA!

Tapi memang super penat. Penatnye tu sampai seminggu baru rasa okay skit. Macamlah time kenduri tu tolong masak ke apa bagai kan :P Tapi tuh la kenyataannya. Penat betul.

I hope her wedding will go smoothly and I'm sure it will be beautiful. Beautiful sebab akan di attend oleh her loved ones and beautiful sebab diberkati. Buat perkara yang baik mestilah diberkati kan :)

Jodoh adalah something yang mysterious kan. Kalau memang betul tu jodoh kita, inshaAllah terus senang je proses dari zaman kenal kenal sampaila ke gerbang perkahwinan. Tapi kalau bukan jodoh kita, rasa macam banyak aje halangan. Bersyukurlah da jumpa jodoh kita :) Sekarang fokus nak buat yang terbaik untuk apa yang dah ditakdirkan. Make the best out of every situation that is destined for us.

Kalau yang belum jumpa jodoh dia tu, it's okay. Mana kita nak tau apa akan jadi in years to come. Kalau orang dok pakat tanya "bila nak kawen?" Jawab aje la dengan senyuman manis "belum jumpa lagi jodoh saya..". Orang ni kengkadang dia lupa, it takes two people in order to get married. Lainlah kalau buleh kawin sorang sorang, yang tu boleh la dengan konfiden kita jawab plan kita nak kawen bila. Haih. And I believe in one thing, never ever get married just because everyone else is doing it too. Nanti bila tak ready tapi kawin jugak, lagikla haru. Kawin bila the time is right, you've found THE ONE and you can feel it in your heart that it's something that has to be done.

Rasa eksaited nak attend wedding cik bakal puan ni. Dapat jumpa kengkawan yang dah lamaaaa gila tak jumpa. Dari size S sampai la ni XXL pun boleh. Haha. Which reminds me, perhaps it's time to crash diet? :D Naaaah. *jeling eskrim dlm peti ais*

Tuesday, January 17, 2012

wonderful wednesday

Sekejap da nak hujung minggu :)

Minggu ni nampak gayenye penungguan surat tidak berhasil sebab surat itu is yet to be released. Mungkin hujung bulan nih, ataupun early next month. Sabar aje lah.

Kalau ikut kata hati, macam nak hantar tender.

Tapi, sabar..

Selagi belum ada hitam putih, walaupun dah tau result nya cemana, anything can happen. Nauzubillah. Harap harap takla :(

Several posts back, I wrote something about how I wish there'll be a good news in the weeks to come. Alhamdulillah. Memang ada. And this is regarding my career :)

Tapi macam yang sebut kat atas tuh la, selagi belum ada hitam putih, bersabar lah hati.

Walaupun kerja bertimbun sampai berdenyut kepala nih dan P&P dalam kelas semakin mencabar dengan perangai yang pelbagai, tapi, sabarrrrr. Sekolah baru ni memang environment dia jauhhhh beza dengan yang dulu. Yang mengubat hati hanyelah the fact that each time before I am off to work/back from work I'd be able to see my husband. Bukan stakat cakap kat tepon saje. Nak gaduh manje pun susah tau kat tepon. Hehehe.

Ramai lagi have it worse.

Kira beruntunglah saya.

Ada rezeki tak ke mana. InshaAllah sebelah kaki dah 'di situ'. Hehe. Tak sampai hati nak type kat mana. Biar lah official dulu. Lagipun belum tau lagi gaji dia offer berapa. Herms. Terpaksa materialistik skit lah. Realiti kehidupan ni. Tempat posting pun tak tau sebenarnya kat mana. Tapi yakin bukan kat sinun. Waktu interview asyik dimomokkan "sanggup ke kalo pegi ke ***"?

Heheheh. Mintak maaf, tak sanggup.

Laki den kojo kek sini. Sapo nak tengokkan dio?

Doalah yang terbaik.

Dan sementara itu, semoga Allah anugerahkan saya ketabahan hati yang tinggi. Supaya dapat jalani hari hari dengan baik. Smooth. Tenang. Siapa suke bila hati susah. I hate the feeling. Terus nanti rasa nak jadik budak kecik balik/time study. Best betul.

Tapi kene accept reality. Itu tanggungjawab jadi adult.

There's a mantra that I need to say to myself, repeatedly. And more often.

"Segala yang pahit tu terjadi sebab ada sesuatu yang sangat manis di penghujungnya".

Kena psycho diri sendiri nih banyak banyak :P

I'm ending this entry with a picture I got from happy things tumbelog.

Be thankful. Susah kan nak buat. Tapi it could make your life feels better!

Monday, January 16, 2012

Al fatihah.

This one is for my dearest friend.


I just did an entry about passing on and never did it cross my mind that it is an indication of something. That a friend would lose her dad. In an accident.

DD, my dad just died in an accident. Al fatihah to ****.

That was the text that I received earlier this afternoon. I was at school. I called her later when I got the chance. But we were both choked up for words. It is traumatic to lose your loved ones in an accident. I should know. I lost my dad in an accident too, when I was 13.

It's like, one minute he was there. Fine, healthy and dandy. The next minute, he was gone. We weren't prepared.

I'm certain this news was a shock to them.

I wish I am next to her, comforting her.

She's one of the strongest person I've known. I know she would be able to go through this trying time. But to get from this stage where you feel like you are in a terrible dream to another where you would be able to accept things that has happened and able to tell it to other people, it takes time.

Hang in there my dear friend.

My thoughts, dreams and prayers are with you and your family.

InshaAllah I'll pay you a visit. And give you that delayed hug..

Semoga Allah tempatkan roh beliau di kalangan hambaNya yang beriman. Al fatihah.

Sunday, January 15, 2012

hopes and fears

Kejap betul dah mid January. Tak lama lagi I'm turning 28. Orang kata tak lama lagi dah drive 3 series. Kan best kalo umor 30 dapat BMW betul, this would make people REALLY looking forward to be 30.

Bila umur bakal jadi makin tua, (in fact setiap hari pun kita makin tua jugak sebenarnya kan) it makes me ponder on death, a lot. When, how, where, why.

Memang tak dapat dinafikan, hati nih kecut bila fikir pasal mati sebab tak pasti layak ke untuk jadi penghuni syurga. Tapi, kalau hidup lama lama sangat pun tak seronok jugak sebab mesti dosa pun makin bertambah?

I hope that when my time comes, I won't be leaving others with burden. Tak nak pergi dengan menyusahkan orang orang terdekat.

If only we can choose the way we die and when.

Oleh itu, dengan ini, saya dengan rendah hati, minta maaf kalau pernah melukakan hati anda (tak kisahlah dengan percakapan, perbuatan, penulisan dan sebagainya). Semoga lepas ini kita sama sama akan jadi manusia yang lebih baik, dari segi spiritual dan duniawi. Semoga tahun ini dapat dilalui dengan tenang dan sukses bersama keluarga dan rakan tersayang :)