Sunday, January 16, 2011

my body is a battlefield.

or rather, my perut.

Segala kekuatan, aku seru kamu untuk bersatu denganku supaya dapat kita menyahkan lelemak ini secara perlahan tapi jitu. Dulu mengambil masa yang cepat sekiranya puasa nasik tapi sekarang nampak gayenye memakan masa yang lama sedikit. Mungkin sebab kita sedang menghadapi musuh yang lebih gemilang, iaitu lemak tepu tahap biadap.

Maafkan aku perut, terpakse aku meng-deprivekan kamu akan nasik dalam kuantiti yang banyak. Biarlah pandangan mata menjeling akan ketidak hadiran nasik di pingganku, biarlah nafsuku meronta ronta meminta agar nasik ditambah, biarlah kau merayu rayu agar aku meng-feed mu dengan makanan yang hebat jumlahnya, tapi aku harus mengecewakan mu. Ini penting demi masa depan kita.

Masa depan wallet aku. Dan suamiku.

Badan yang bertambah gemuk bermakna wardrobe yang baru. Serba baru. Sebab yang lama tak muat. Tsk. Ini boleh menyebakan kegawatan ekonomi yang tidak diingini. Buruk padahnya.

Metabolisme badan (yang lembap), jangan risau, aku tidak menyalahkanmu. You had your time, you shone. And now I have to embrace the fact that nothing works perfectly forever. Lepas nih aku akan lebih membantu kamu. Izinkan aku membantumu. Mungkin menaip blog menggunakan jari telah membantu kamu untuk membakar kalori aku. Biar lah sedikit, lama lama jadi bukit.

Ape yang penting,

KERJASAMA!


- keluhan insan gemuk, 1208 am, monday 170111. Selamat berjaya.

No comments: