Thursday, November 25, 2010

of sambal belacan, kurma ayam and peria goreng.

Cuti hujung tahun nih 1st time dapat rasa jadik surirumahtangga. Kemas kemas, masak masak, layan suami. Penat jugak kan rupenye jadik surirumahtangga. Jadik janganla pandang rendah kat mereka walaupun mereka tak bekerja dan duduk aje kat rumah. Mereka tuh sebenarnya pengurus. Pengurus dalam keluarga. Walaupun tak menyumbang dari segi material, mereka beri support yang umpph dari segi keperluan yang lain.

Aku selalu berangan, besh nye kalau dapat kerja dari rumah aje.

Bayangkan, jadik cikgu dalam virtual world. Bebudak semua bukak laptop/netbook/pc dan kami mula belajar. Pantau dari jauh. Jawab soalan budak thru chatting application. Semak kerja mereka lepas derang dah submit via email. Heaven!

Tak payah bazir duit untuk minyak dan jugak kurang la kerap nak kena servis kereta. Duit bulanan yang selalu bajet untuk minyak + servis dah buleh asingkan untuk insurans + road tax kereta. Jimat!

Maybe beberape kali dalam sebulan adelah jugak kene pergi sekolah untuk meeting etc. Tapi masih jimat, sebab bukan hari hari pun.

Hari hari dapat masak kat rumah untuk family. Suami pun mesti suka, dia memang tak elok makan kat luar sebab kami tak dapat pantau kandungan food tuh, bila saya dapat masak untuk dia hari hari mesti dia lagik sihat, kan. Happy!

Bila dah ada anak anak pun, tak ade masalah dah nak carik nanny atau pembantu rumah. Let mommy watch you kids and we can spend quality time together gether!

The most important thing is, there won't be much of an issue untuk pertukaran guru etc dan selesailah masalah saye dok jauh dengan suami.

Haih, syiok betul kalo nih jadik kenyataan. Kalau ada projek cubaan untuk bende alah nih, I'll be among the first to volunteer, sumpah tak tipu.

btw, ape relevannya tajuk entry nih? hehe tuhla menu untuk today. Saye masak biase biase aje, tapi penuh kasih sayang. Heheh. Suami, saye tunggu awak ni! :-)

Wednesday, November 24, 2010

rayuan pertukaran

Since my transfer application was rejected, we both decided not to forfeit and keep on fighting. Cehwah macam dalam war pulak. Tapi ituhla, cube aje ape yang boleh, tak salah kan.

Maka cubaan kami itu adala...pergi ke Jabatan Pendidikan Johor and Kementerian Pelajaran (MOE) kat Putrajaya.

I initially wanted to just go to MOE but a teacher in my school suggested me to go to both JPNJ and MOE.

And so my husband took a day off yesterday (wednesday) in order to accompany me to go to these two places.

We started our journey to JPNJ early in the morning, after Subuh. Thanks to the GPS thingy, we managed to find that place. Kami tak reti sangat jalan kat JB. To those who are going to Jabatan Pelajaran for an appeal for transfer, you need to meet the pegawai for the bahagian sekolah menengah/rendah to hand him your letter. What you will need to give him are:- a letter of appeal, a copy of your transfer application, and copies of related documents (sijil nikah, surat sakit, etc). Dah jumpa and pot pet pot pet, you're done.

Next, we continued our journey to Putrajaya. Although we were rushing, we did stopped and had a rest at RnR Machap because we were both a bit tired from the journey. Suami saya pun dia tak buleh penat penat sangat sebab dia kan sakit.

After about half an hour, kami pun gerak semula ke Putrajaya, ikut cakap GPS lagik. Miss GPS bawak kami lalu route jalan belakang ke Putrajaya. Cayalah, miss GPS.

Bahagian sektor pengurusan sekolah menengah is at block E2, tingkat 4. Parking was a nightmare. It seemed so impossible to find one! Terpaksa kami park jauh jauh dan dalam panas panas tuh kami pun berjalan ke blok E2 tu. Kesian tengok suami peluh peluh pastuh muka dia dah nampak penat. Takut jugak kalau kaki dia bengkak, sebab dia kalo penat/stress kaki dia akan senang bengkak (water retention sebab kidney dia tu). Bila dah bengkak, memang dia akan rasa tak selesa.

Naik aje tingkat 4, oh ramai rupanya cikgus cikgis yang nak buat rayuan. They even have a form for you to fill in. Kurang skit dah rasa cuak knowing that I'm not alone in this thing. Penuh jugak ruang menunggu tuh sebab ada yang bawak baby, anak anak, mak bapak, etc. Orang yang dekat kaunter tuh layan kami dengan penuh sopan dan sabar. Thumbs up.

After waiting for an hour, sambil kejap kejap tanye suami, "awak OK tak?" all the teachers pun kene go in this one room yang mana dup dap dup dap jugakla hati nih time nak masuk tuh. Phew. Note that only the teachers are allowed to go in this room. Maka sape yang bawak anak anak/babies tuh akhirnye kene tinggalkan kat luar jugak so to those yang nak bawak anak anak kecil tuh I would recommend you not to sebab tak buleh bawak masuk jumpa pegawai pun..nanti kesian dia nangis kene tunggu mak dia lama lama..

Dah masuk dalam bilik tu, ada dua orang pegawai. The first one gave a briefing on how to fill in the form and the necessary documents needed. The second one gave a briefing on the states yang memang payah nak masuk cikgu cikgi baru...which are..Terengganu & Kelantan unless you are an English teacher sebab they are lacking of them.

Lepas dah briefing, kami pun serahkan borang kami.

In my case, cikgu BI as a whole in KL da penuh, walopun kat sekolah sekolah ada je yang kurang cikgu BI but I still submit my rayuan anyway. Tak rasa sedih sangat time tuh sebab the two officers were really nice and the way the behaved, they meant business. Takde nak cakap bende bende yang menyakitkan hati.

Pukul 5 lebih, we were done. Kesian jugak pekerja pekerja kat situ, mesti penat kene kerja lebih masa sket dari biasa and had to meet hundredssss of people with different stories and circumstances. Tak lama lagi mesti reach thousand something sebab semalam dapat borang dah number 900++.

We tried what we could. Mane tau kalau Allah izinkan, dapat la tukar dan duduk sekali dengan suami. Semalam sampai aje umah, memang masing masing terus pengsan atas katel. Dalam hati, kesian sangat kat suami. Mesti dia penat, dah la time kerja penat, time cuti pun penat gak. Sobs sobs. Hari nih nak masak nasik ayam yang super sedap penuh kasih sayang untuk dia. Hihi. Malam ni before tido nak urut kaki dia lama lama sket sebab semalam penat sangat, tak larat nak urut huhu.

InshaAllah kalau ada rezeki.
Kalau takde..takpe, kita tengok alternatif lain.

BTW, rayuan pertukaran nih sebenarnye takde pun dalam prosedur. Dia layan sebab ihsan saje dan dia gelar this procedure as "Rayuan Semakan Semula Penempatan".

Sunday, November 21, 2010

part dos.

I know everybody (well, almost everybody) loves the hit single Love The Way You Lie by Eminem featuring Rihanna. Though it revolves around the theme of domestic violence, weirdly enough, most of the lovers of this single don't really bother about it and this is probably because of

1) the nice beat of the song (pun not intended hee)
2) the awesome coolest-of-them-all video clip that features Megan Fox (phewit)
and
3) because it's by Eminem and Rihanna oh em gee they are aweeeeesomeeee (sila baca dengan nada seorang fangirl yang annoying).

I just got to listen to the part 2 of the song and it has even more twisted underlying message to it. A woman who enjoys being tortured (somewhat) and a guy who beats the hell out of his partner but claims to love her so much. They both are violent yet they are deeply in love with each other. Macam twisted, kan. Kalau buat movie best, tapi kalo terjadi in real life, nauzubillah.


holiday yay!

Heheeheheheehehee.

Senyum lebar lebar sebab ape?
Sebab cuti sekolah dah start :-)

Taun nih tak payah jage SPM although initially nama dah naik tapi dah rezeki untuk dapat duduk kat umah for the whole cuti agaknye, maka end up tak dapat pun surat untuk jaga pekse SPM. Whee! I invigilated before (in 2008) and it was a real bore. Duduk sorang sorang dalam bilik peksa (sekolah tuh takde dewan besar untuk exam) tengok budak menjawab. Kalau ikutkan hati memang la nak tido tapi mana buleh nanti kang budak budak amek kesempatan meniru, skali ade pegawai datang tengah check, hohoi haru biru la jugak. Sangat menguji kesabaran dan ketabahan bila jage pekse SPM. Bayaran dia pun tak banyak mana, waktu tuh dapat around 500 aje campo mileage (claim untuk mileage tak banyak sebab waktu tu baru mula kerja, gaji basic masih skit).

Jadi apekah perancangan cuti?

Hehe nothing extraordinary pun selain daripada menjadi surirumahtangga sepenuh masa for this (approximately) one whole month. I'll be going back to school in the last week of December for meetings yang pelbagai but until then my husband has a month to be fully pampered by his wife! ;-)

Thursday, November 18, 2010

Dua bulan.

Okeh kami da due bulan berkawen. Hihi. Best? Oh memang. Gaduh gaduh? Mestila ade. hihi. Tapi setakat ni tak pernah gadoh sampai bila tido pun pandang tempat lain lain tanda protes. Akhirnya akan ended up cuddling jugak. Mane sampai hati nak resist my sizzling hot fluffeh husband.

Dan biasalah, waktu bujang, orang tanya "bila nak kawen?" Bila dah kawen nih orang tanya pulak "dah ade ke blum?" dah ade tuh maksudnye selalunye adelah :- dah pregnant ke belum. Taktaula kalau orang orang terbabit memaksudkan yang selain daripadanye.

Tapi so far belum ade rejeki. We do not plan when are we to have a baby, we leave it in God's hands. Bila tiba masenye mesti seronot, walopun ngeri sesikit. (Ngeri sebab bila baca pengalaman orang bersalin tuh macam huiii berderau darah). Takpe, the time will come inshaAllah. Bosan jugak sebenarnye bila orang asyik tanya the same question that I have no knowledge of, again and again. Rase macam nak aje cakap "Entahlah ek cube puan wat appointment dengan Tuhan, tanya bila saya dapat baby kalo dah tau nanti jangan lupa bitau saye yek buleh kami wat preparation awal awal. Tenkiu!".

Oh tapi aku nih jarang la bersikap kurang ajar cemtuh. Kecuali kalau mood tak baik.

Time mood tak baik pun orang selalunye leh nampak dari air muka aku maka mereka tak berapa sangat nak melemparkan pernyataan mahupun pertanyaan yang menjengkelkan. Hehe.

Kerap jugak orang bagi komen badan dan gumuk hehe mungkin mereka ingat umah aku takde cermin tapi salah ye, umah aku nih cermin masih tip top dan memang nampak reflection diri sendri dengan jelas. Mata pun cerah. Tak pakai spek. Jadik keperluan untuk menonjolkan penyataan badan dah berisi tuh saye tak nampak langsung keperluannya selain daripada sengaja nak membangkitkan perasaan yang menjengkelkan. Like, duh, I DO own a mirror. Or were you fishing for my compliment and hope that I'll throw this at ya "ituh la kann eh cemane ek ko nih kurus selim melim aje teringin aku nak kurus macam ngko". Which I won't. Sebab what works for you doesn't necessarily means that it will work on me too. Lagipunnnn I've learned to love myself and if you have a problem with how I look then too bad, you are too confined in your own vanity to see the world outside yours.

Sejak dah kawen nih belum pernah lagik dapat jaga suami bebetul. Harap harap time cuti skolah ujung taun nih dapat la kan. Buleh la rase jadik surirumahtangga hehe. Tetiap malam dapat la urut kaki suami tak ape, saye rela, sebab kalau tak urut nanti kang kesian, tak sampai hati tengok muka dia berharap kaki dia kene urut. Lagipun dia senang tertido time kaki kene urut, sekejap aje urut tengok tengok dah lelap. Maka, tak lame mane pun urut tuh., tak sempat nak penat pun :-D

Monday, November 15, 2010

better :-)

You can refer to my previous post about the not-so-great- news. Masih lagik ade perasaan sedih...muke pun sugul aje though I had embraced the fact that my application was rejected and there's a possibility of us living apart for an indefinite period of time.

I am currently at home sebab besok and rabu cuti. Rabu nih Aidiladha, sekolah amek cuti peristiwa on Tuesday. Dapat la 2 hari cuti :-)

Both of my mom and bro paham that I am sad..

Tetibe air mate mengalir kan, mesti rase serba salah nak cakap cemane dengan budak yang tengah besedih ni hehe. Tengok tibi pun kenkadang air mate mengalir :-p

They went out earlier for dinner. Pesan tapaukan food aje sebab tak semangat nak keluar.

They went back with KFC hehe and the stuff to make waffle. Kat umah mama ade tempat wat waffle, tadi da cakap kat my brother suh tlg watkan waffle tapi bahan2 takado. Jap lagik buleh la makan nih :-) Hmm tak buleh sedih sedih dah kan. Nanti semua orang susah hati. Masih buleh try lagik dengan rayuan. Cube dulu :-)

Sunday, November 14, 2010

alahai





The picture speaks a thousand words. I was beyond frustrated. Was. After a sobbing sessions that lasted for hours and indulging in self pity, I bounced back to reality. I am not the kind of person who likes to talk much on a subject that disappoints me but I know that some of you are wondering whether my application is successful so here's an entry dedicated to you lot who I know are concern about my husband and I. Thank you. Mine was rejected but there's still hope. We would proceed with rayuan and we'll see how it goes. There are several alternatives we are considering and we're trying to weight the best one. We'll see.

Jadi kepade mereka yang ingat senang betul nak pindah sekolah, you are wrong. Walaupun dalam Malaysia nih berlambak lambak sekolah, there's also another contributing factor. The subject you are teaching. I just came to know that there is currently no vacancy for English teachers in KL so that is probably why my application was rejected. Ade surat doktor menunjukkan suami saket pun tak dapat jugak. Dari segi tu aku rase kecewa sket. Bukan kecewa sebab aku masih stuck in BP because I have grown to like this place and I think it's OK so as the kids tapi aku kecewa sebab I was really hoping that I could take care of my husband and watch his health.

Thursday, November 11, 2010

mekaseh ye dik

Hari ni ade lagi mesyuarat penandaan kertas BI untuk PMR kat Air Hitam. The meeting is at SK Air Itam, to be exact. Besok pun ade lagik, meeting last untuk selesaikan semua paperwork yang berkaitan and cross checking markah. Lepas tuh merdeka sedikit untuk 20%. Lagi 80% adelah kerja kerja sekolah yang kene disetelkan before the school holiday starts.

Beshnye rase bile pegi sekolah rendah. Menyesal aku tak pilih ngajo sekolah rendah. Kalau tak mesti aku dah ramai boifren kenit dan adik pempuan angkats. Cecomels! Kekenit!

Waktu morning tea tadi tak sempat nak keluar ngeteh (dah 3 taun dok BP da pandai gune bahasa bahasa orang jawa cehwah) jadi pergi kantin aje la kat sekolah tuh.

Biasalah budak budak kecik akan gayat tengok strangers kan.

Lepas tuh...aku dengar ayat yang membahagiakan jiwa raga from a little kiddo.

"Assalammualaikum kak"

Kak? Kak? Kaaaaak? Bukan makcik? Ngeeee.

Mekaseh ye dik. U made my day.

Wednesday, November 10, 2010

! JUMP !


*if u wanna skip reading this and go ahead with watching the clip, scroll right until the end of this post. Tapi baca dulu baru feel kot. haha.*


Towards the last few days in Auckland, I insisted on trying bungy jumping. I managed to persuade Zabreena and Izza to join the bandwagon. I can be quite persuasive, mind you ;-p My mantra that I kept on telling these two girls was,

Oit rugi woi kita tak buat bungy jump. Kang dah balik mlesia nak buat kat mana? Kat nuzelen nih la asal bungy jumping kottt. Lagipun pas nih kalo nak buat mesti mahal.

Dengan muka yang smug tahap tak hingat aku dok persuade mereka.

Sukses.

Tapi masalahnye aku nih sbenonye gayat dengan tempat tempat tinggi. Bila ade aje kat tempat yang tinggi skit mule la rase kepale lutut nih gegar. Pas tuh rase lantai tak stabil. Pale otak bayangkan kalo terjatuh lepas tuh kepale berdarah darah nanti masuk surat khabar.

Naik aje Auckland bridge yang skit punya tinggi tuh aku da cuak. Tengok yacht sane sini dah terbayang kene cucuk dengan tiang besi yacht tuh. Ah siot.

Izza dengan Zab nampak steady. Ini tidak buleh jadi.

Kami pun tunggu turn dengan nervous. I was the last to go. Dapat tengok semuaaaa orang (we weren't the only ones) jump. Ko ingat itu wat aku teruja nak jump jugak? Oh tidak. Hahaha.

Bila tengok Zab time terjun kena masuk air, aku dah terbayang aku mati lemas lepas tuh time omputih tuh tarik balik abeh keras kejung muke warne biru.

Bila dah turn Izza tengok dia riang ria gembira lepas terjun aku macam ah nak terjun ke tak, nak ke tak, nak ke tak nihh.

Tapi dah bayor 70 bucks (kot, kalo x silap, x ingat dah). 70 x 2.5 = RM 175. Argh, maunye aku nak burn duit 175 hingget cemtuh aje? Memang tak la. (Time tuh seorang student, 175 tuh besor nilainye time tuh ye). Maka aku tarik napas dedalam dan duduk kat kerusi tempat dia ikat ikat kaki dan sesemua tuh la. Dup dap. Ko toreh muke aku dengan pisau mungkin keluar darah putih. Darah orang nak mati syahid. Eh.

Bila mamat omputih tuh instructed aku untuk pegi ke pelantar nak terjun, aku da cemas tahap gabannng. Siap tarik tarik baju dia ngahaha. Perut dia pun aku terpegang. Wah, very lean. Eh. haha sempat.

Bila dia soh amek gambo kat kamera depan pelantar tuh, aku siap wat aksi trademark. Aksi peace. Zaman study memang trademark aku adelah amek gambo wat lambang peace. Gambo kat frenster time tuh semua penuh gamba peace. Kalo tak buat peace rase macam tak lengkap. Macam puasa tapi tak niat.

Lepas aje amek gamba, ah sudah. Aku rase angin kuat gila babeng. Tidaaaaak. Tengok laut kat bawah. Ahhhhhh tidaaaak. Peluh peluh jantan, betina, pondan semua kuar time tuh.

Tapi aku terjun gak, dalam aku geleng geleng pale kate kat mamat tuh "I don't wanna" aku terjun gak. Haha. Terbayang duit da bayo kot. haha.

Adeh. Time terjun, rase sangat helpless. Agaknye orang bunuh diri rase cemtuh la kot. Tangan aku macam nak gapai something yang solid tapi nak gapai ape? Pasrah aje ikut hukum graviti. Bila da rentap, oh waw, sakit gak pinggang. Kali kedua melantun aku dah nak tarik tali tapi tak sampai haha kali ketiga baru dapat tarik. Actually he did told us to pull it after the third bounce. Aku gatal nak pull time bounce yang kedua sebab bayangkan nanti aku tak tarik lepas tuh aku tersangkut kat situ sampai malam. Sengal.

Tapi lepas dah naik tuh memang gelak tak hingat. Adrenaline rush yang melampau. Sepanjang panjang kami jalan balik ke tempat tinggal memang rase terapung. Hahahaha. Bejaye aku prove yang you don't need weed nor liquor to get high. Heho.

Tapi dalam 2 hari gakla ade rase pinggang sakit sket. Sket aje la. Dan efek aku terase seram sejuk bila terbayang time terjun tuh lasted for about 6 months. Time tuh kalo aku ceritakan pasal bungy jumping nih memang aku rase macam berade balik dalam situation tuh. Bulu roma meremang. Darah rush ke otak.

Nak buat lagik?

In a heartbeat, yeah.


Tuesday, November 9, 2010

sensasi hebat

Sensasi yang hebat dan mungkin lebih hebat dari perasaan setelah pergi membuang air besar adalah, selesai menanda kertas pekse.

PHEW! Double PHEW! Triple PHEW!

All 204 of them, DONE!

Rase nak menanges...ini adelah satu pencapaian yang menakjubkan. Dalam sibuk ber-procrastinating, berjaye gak selesaikan, sebelum perjumpaan this coming Thursday and Friday. Syabas.

Oh...tapi...

Bila jeling kat tepi nih ha, nampak pulak longgokan ketas pekse ujung taun bebudak form 1 and form 2 sekolah saye. Astaga.

Tapi now that I'm done with marking the PMR scripts, I could focus on getting the important things done before school ends. Those petty little things that managed to emerge and show their annoying shadows right when I have not-s0-of-an-ample time. Semoga dapat siap semua semua! Penandaan kertas yang laju bakal bermula lagi!

Monday, November 8, 2010

kembali

Terkejut rase pagi pagi tadi masuk aje opis dengar encik pembantu am kat sekolah tengah borak borak dengan cikgu nih cakap suami kepada akak F tengah nazak.

Biar betik (dalam hati).

Suami akak F nih la yang tolong saye dulu belikan Si Hensem (my car) sebab dia kerja Perodua. Baik suami dia nih, macam akak F jugak, baik.

Anak anak derang ramai, ade empat orang. Kecik kecik lagik semuanya.

Kak F pun muda, baru aje 31. Suami dia 32. Derang kawin awal, anak anak tengah membesar jadik mereka berdua memang gigih la carik rezeki untuk mase depan anak anak kan.

......

Keluar dari kelas 1 Melati, kak Wawa bagitau yang suami akak F dah pun meninggal.. Innalillah..

Allah tu maha kuasa. Dia yang izinkan kita untuk bernafas, Dia yang beri kita rezeki, Dia yang benarkan sesuatu itu untuk terjadi. Dan bila dah sampai masanya Dia hendak kita kembali kepada Dia, nyawa kita akan ditarik..and it's often without a warning.

Tadi sempatlah pergi ziarah lepas meeting akhir tahun yang menyesakkan nafas. Kagum jugak tengok akak F sebab dia nampak strong. Tak senang nak besarkan anak anak tanpa support system yang kukuh. Support system nih bukan dari segi material saje, tapi juga dari segi spiritual. Our spouses is called our other half because of a very valid reason. They ARE our other half. The one that makes us complete and whole. Bila ada masalah, kita share. 2 orang bergabung dalam satu team, 2 keluarga bertemu jadik satu.

I can't imagine the feeling of waking up without that important person next to us, knowing that he/she won't be around for the rest of time... sedihnya.

My mom became a single mother when she was 33 and had to take care the two of us when my dad passed on. Now that I'm all grown up, I appreciate her more, knowing that it must have been hard. Bila dah besar, kepala otak nih makin matang, we see more than what is laid in front of us.

Harap harap Kakak F dapat membesarkan anak anak dia dengan baik dengan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan mereka dan semoga Allah mencucuri rahmatNya terhadap roh arwah. Amin.