Iye secara visual. Abesla betambah gumuk la. Dah tu nak berjalan utk survey barang pun dah malas, kan. kalo tak buleh gak burn calories lepas tu tambah balik dengan makan tutti frutti. eh?
Tapi truth be told i used to despise online shopping with all my guts. kire nyampah gegile tahap gaban lah tu. Sebab apa nyampah?
1) tak boleh feel material menatang yang nak beli tu dengan tangan.
2) tak dapat la paper bag yang boleh guna pakai balik. (-random gila reason)
3) tak dapat acu kat badan beli pakaian. sekali tak muat, tak sesuai. hah nanges.
4) warna kat screen laptop/pc dengan real life slalu gila off. kadang kadang off banyak. bukan sket. tak tau nak nyumpah laptop ke, menatang yang da beli tu ke, orang yang jual ke.
5) takut kena tipu. okehla walopun untuk barang yang rega rm 25 tapi impak dia sangat besar dalam hidup kalo kena tipu. sebelum tido boleh pikir lagi, kenapalah diriku ditindas oh tuhan.
Jadi macam fobia nak beli online.
Tapi sejak dua menjak dah pindah ni, jadi nyampah pulak nak drive pegi shopping. I get nervous behind the wheels and I am a really lousy driver. Sumpah. Kenkadang tu kalo ada orang kat sebelah, dia dok potpet berborak, aku buleh wat dek aje sebab nak fokus kat jalan raya. Haih driving is a serious businesssz. Mana nak ingat jalan (I suck at this), nak ingat bagi signal, nak tengok side mirror takut keta dalam blind spot, tengok cermin belakang lagik and kena alert sepanjang masa takut ada rerempits yang mencelah. Ah saket perut terus bila pikir pasal driving.
Lagi satu, bila dah sampai mall, orang pulak padat macam semut dalam balang biskut raya yang tak tutup ketat. Bosan. Bila dalam kedai pulak, selalu rasa kesian kalau tak beli barang lepas cuba pakai atau tanya tanya. Vongoks kan. Selalu nye lah cemtu tapi kalo kena mood bitchy datang ade aku kesah.
Lepas tu tengok orang beli online selamaaaat ja. Tak banyak dah kes tipu tipu. Lagipun buleh cek testimonial orang, betapa buleh harap seseorang penjual online tu ataupun dia jenis menabur harapan palsu je.
So I tried it.
The first thing that I bought online (on my own, bukan pesan pesan dengan orang lain sebab nak dapat delivery yang free) was a bottle of perfume. Untuk si suami (-gila la isteri mithali). Selamat sampai. Yay. Hati bunga bunga sebab terdetik, ohhh senang ghupenye shopping online. I know it made me sound like a real noob tapi takpa lah, memang noob pun.
Ituhla kali pertamaku. Rasa bahagia sangat.
Best sebenarnye shopping online kan. Facebook pun da jadik medium orang membeli belah dapat dapat kalau tengah cuti sekolah lepas jaga stpm rasa sangat malas nak buat apa apa maka hanya melangok depan laptop saja, ahhh ituhla masa yang bahagia untuk shopping online.
*muka bahagia*
Jadi dengan itu sebagai penghormatan terhadap dunia membeli belah secara visual I would like to share with you two websites that enable you to shop at ease. I've had a fair amount of shopping experience with them and I love each to bits.
Go here if you want to buy perfume, makeup, skincare items and so much more at a cheaper price. They sell authentic items and the delivery is pretty fast. Ada banyak sample items yang kecik comel molek tu jadi aku suke sebab buleh letak dalam handbag untuk touch up time pegi jenjalan hehehe.
Di bawah ni lagi satu, tapi untuk beli baju baju yang sumpah kiut dengan warna yang menggamit jiwa nurani.
Click here kalo nak beli belah baju/skirt/dress etc. Tak buleh komen pasal delivery sebab baru beli tadi je hahahaha. Tapi proses pembayaran dia sangat mudah sebab website dah established. Tak payah email dia bagai.
Sekiranya tulisan di atas telah membangkitkan nafsu membeli belah sesiapa, maaf dipinta sebab memang niat begitu pun supaya dapat kita habis duit sesama dan menyumbang pada ekonomi negara. Eh?
Have a great weekend!
* Click gegambar kat atas untuk view yang lebih menyenangkan mata. Please ignore the first pic yang agak serabai dalam usaha untuk mengaburkan folder folder yang ada kat mozilla firefox ni heheh mane buleh reveal malu ai :-P Gambar yang bawah tu senonoh skit sebab da pandai gelapkan. Haha.
No comments:
Post a Comment