Sekiranya anda mempunyai kadar kesensitipan yang tinggi pade name name binatang tersebut yakni :- tapir, kerengga, babi, gajah dan seludang, sila abaikan post yang menyusul kerana ianya tidak sesuai untuk kesihatan rohaniah anda. Time kasih.
Cerita hanya rekaan semata mata. Pernah dengar dari seorang manusia yang menyampaikannya pada puluhan manusia ketika berkursus. Silakan.
Pada suatu malam yang hening, Hafiz memandu seorang diri dari Kuala Lumpur. Dia baru berdating dengan kekasih hatinya yang kini merupakan penuntut tahun akhir jurusan pengurusan perniagaan di Universiti Putra Malaysia. Alah bisa tegal biasa, setiap hujung minggu Hafiz akan berulang ke Kuala Lumpur untuk menemui kekasih hatinya. Hafiz sekarang bekerja sebagai seorang Pegawai Kewangan di sebuah bank di Muar, Johor.
Hafiz berasa letih memandu jarak jauh. Sudahla tadi singkek dirinya terpakse makan besar di San Fransisco Steakhouse bersama buah hatinya, tetapi oleh kerana sayang diturutkan jua. Ape lah sangat makan roti dan mentega Planta setiap hari kalau nak dibandingkan dapat berjumpa kekasih hati persis Lisa Surihani pada setiap hujung minggu itu. Kereta Myvi SE bewarna orennya di pecut 130kmj. Hafiz mengerling jam tangannya, oh tidak, sudah pun pukul 1.25 pagi. Radio di ON kannya sekuat kuat hati. Lagu Usher berkumandang di sepanjang lebuh raya.
Hafiz berasa sangat lega apabila masuk di exit Tangkak. "Fuh, sikit aje lagi ni" bisik hati Hafiz. Tetapi risau juga sebenarnya hati Hafiz. Perjalanan di lebuh raya tidak lah sescary perjalanan melepasi exit Tangkak ini ke Muar. Jalannya lebih sunyi. Hmph, tapi, Hafiz anak jantan.. maka "akan kutabahkan hati nih" pujuk hati Hafiz.
Jalannya yang winding bagai ular dipalu itu menyukarkan Hafiz untuk memecut laju kenderaannya. Apatah lagi bila terlihat signboard "Awas, kawasan kemalangan". Ahh..gusar hati dia.
Malang sungguh bagi Hafiz, pada malam ini, tiada kenderaan yang berada di jalan kecuali Myvi orennya itu yang diberi nama Rocky. Rocky umpama side kick Hafiz, sentiasa setia di sisinya untuk berkhidmat pada bila bila masa.
Tiba tiba, sedang Hafiz bernostalgia mengenangkan betapa kasihnya beliau kepada Rocky, ada sebuah kereta dari arah bertentangan memberi high beam kepada dia. "Eh, ape pasal pulak ni?" Hafiz hairan.
Kereta itu pecut dengan sangat laju.
Makin lama, makin hampir dengan Hafiz.
Makin jelas Hafiz lihat bahawa kereta tersebut merupakan sebuah Honda Civic 2.0 yang bewarna putih.
Akhirnya, mereke sebelah menyebelah.
Pemandu tersebut menurunkan tingkap sisi pemandunya lantas menjerit...
BABI!!
Darah Hafiz rasa menyirap ke muka. "Kurang ajar! Aku dah la penat nih, ade pulak manusia bodoh yang buat perangai!!" Hafiz merupakan seorang pemuda yang cepat emosi. Pantang nenek moyang Hafiz kalau orang menyumpah seranahnya. Ini tidak boleh dibiarkan!
Hafiz lantas membuat U-turn. Sambil mengusap usap dashboard Rocky, Hafiz bersuara penuh semangat, "Go get him tiger!!"
Hafiz membuktikan bahawa kereta buatan Malaysia tidak kurang hebatnya dengan kereta import. Hafiz lantas meng overtake kereta Civic tersebut. Kembang kempis lubang hidung Hafiz gara gara oksigen yang meluru masuk ke segenap dadanya akibat amarah yang tidak bisa dibendung lagi. Apabila kereta Hafiz benar benar di sebelah Civic tersebut...Hafiz lantas menurunkan tingkap sisi penumpangnya dan melaungkan...
KAULAH BABI!!!
Lantas Hafiz terus membuat U turn yang merbahaya dan pergi ke arah Muar semula. Puas hati Hafiz. "Kau sumpah aku, hah, aku sumpah kau pulak!" begitu Hafiz berkata kepada dirinya sendiri.
Hafiz meneruskan perjalanannya secara lancar. Marah di hatinya sudah mula berkurangan. Hafiz bernyanyi nyanyi kecil mendengar lagu Usher yang dimainkannya. Hafiz adalah peminat tegar Usher. Oh my god~~ Hafiz bernyanyi bersama Usher.
OH MY GOD!!
Kereta Hafiz terlanggar sesuatu yang keras. Berpusing keretanya tetapi nyawanya masih panjang. Nasib baik Hafiz baru menukar tayar kereta nya maka pengawalan kereta masih terkawal dengan elok. Sejurus keretanya berhenti berpusing, Hafiz menjeling kepada objek yang dilanggarnya itu. Matanya cuba fokus. Dan...terlihat lah dia...akan sekujur objek di jalan raya tersebut. Seekor babi yang telah tamat riwayat. Atau lebih tepat, bangkai babi.
Penyesalan bersarang di hatinya. Padan lah lelaki berkereta Civic tadi menjerit 'babi', rupa rupanya dia cuba memberi amaran kepada Hafiz akan bangkai babi di tengah jalan tersebut. Tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna, Rockynya sudah kemek di hadapan, tetapi masih mampu dipandu lagi.
Perlahan lahan..., Hafiz meneruskan perjalanannya.
"Cilaka, lepas nih terpakse aku samak Rocky...keluar duit lagi pulak tu nak betulkan depan dia nih.." Hafiz menyumpah nyumpah sambil terasa sebak di dada.
THE END.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment