Sunday, August 12, 2012

Diari Ramadhan Mak Yung

-- Tajuk nak bajet, kan. Haha. Teringat cerita Diari Ramadhan Rafique.--

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk rasa berpuasa ketika hamil 5/6 bulan. Sekejap aje rasa. Dah nak raya dah. Kalau suruh evaluate puasa sendiri bagi tahun nih, oh, tak banyak bintang boleh saya bagi untuk diri saya. Masih baaaaannyak lagik perlukan improvement. InshaAllah kalau ada rezeki untuk jumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan, harap adalah improvement.

Dan bulan ni juga saya tak dapat berpuasa penuh kerana ada kekangan tertentu walaupun pada awal Ramadhan kemain suka sebab ingatkan puasa tahun ni dapat puasa penuh. +__+ Mencabar rupanya berpuasa time pregnant. Siapa yang dapat berpuasa penuh tuh, untung sangat-sangat..

Tahun ni persiapan raya hampir kepada zero. Hampir saja ya sebab semalam berjaya beli jubah as baju raya merangkap baju untuk dipakai ketika semakin memboyot :D Untuk suami masih lagi zero. Nampak gaya tahun ni lebih kepada persiapan baby ;) Asal masuk aje kedai baju baby, mesti awwwwww comelnya baju yang itu! =D

Dalam bulan Ramadhan ni kebetulan ada dua baby expo, satu kat Mid valley dan satu kat KL convention Centre. We went to both walaupun time bulan berpuasa. Dapatla merembat pelbagai barangan yang berbaloi-baloi. Dapatlah banyak free gifts (I like this part- ngeheheh). Masih ada lagi barangan yang belum lengkap, slow-slow kayuh orang kata. Nak beli last minute semuanya sekaligus memang bisa meruntun jiwa nanti. Haha. Sebab tu kami start dari bulan ke 5 of pregnancy.

Tahun nih tak buat kuih raya unlike tahun lepas. Balik sekolah, sampai rumah dah nak pukul 6, kalau sibuk nak pulun buat kuih raya waktu malam nanti alamatnye ade oven yang kene buang dalam tong sampah. Hehe.

Pembesaran perut dah makin ketara, jalan pun dah semakin menyiput. Honestly, bila naik tangga tingkat tiga untuk pergi ke kelas tu memang kadang-kadang rasa nak pakai knee guard aje. Dan juga semakin out of breath kalau melasak sangat. Kadang-kadang tu stop sekejap kat pertengahan perjalanan naik tangga tu bagi amik nafas sket. Paling sweet kalau ada budak-budak yang concern tegur, teacher, be careful ya.. Adalah dalam dua-tiga kerat budak yang cemtu.

Masalah yang paling utama (for me,anyway) untuk berpuasa time pregnant cemni adalah dehydration. Haus sangat sampai kadang-kadang cakap pun merapu aje dalam kelas. Siap peluh-peluh sejuk lagi tu keluar. Balik bilik guru memang melepek lah, sambil jeling-jeling jam counting the hours to get back home =D Bila time sahur/buka tuh memang target minum air banyak-banyak sebab dehydration during pregnancy adalah tidak elok.Tapi semua nih pengalaman. Bolehla nanti cerita kat anak, bila dia dah faham, cemana ibu puasa waktu dia dalam perut. Hehe. Oh ye, paling suka sekarang nih kalau buka puasa adalah dengan air Ribena.

Sebelum Ramadhan, pernah bertekad tamau lagi pergi buffet Ramadhan untuk bulan puasa kali nih. Tapi, akhirnya, tewas. Haha. Nafsu nak makan benda manis-manis memang terlalu meluap. Dessert macam menari-nari depan mata. Akhirnya last week ajak husband pegi jugak buffet Ramadhan. Sampai aja terus attack meja dessert, bawak ke meja. Masuk aje waktu berbuka puasa, oh, seronoknya dapat makan dessert...rasa macam nak nanges. Bende lain tak makan sangat pun time tuh, tapi layan dessert aje sampaila kenyang. Membazir sangat sebenarnya pergi buffet Ramadhan, dah lah skarang nih bukannye boleh makan banyak pun..tapi tuhla, nafsu kan. So this is one of the reasons why I mentioned earlier in this post how my performance during Ramadhan this year tidak lah boleh dibanggakan.

Minggu depan dah raya.. ada lagi beberapa hari tinggal dalam bulan Ramadhan ni. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah di penghujung Ramadhan! Dan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin :)