Kami kawen dah setaun setengah baru ditakdirkan Allah untuk saya pregnant. Jadi sempatlah merasa dapat macam-macam tips untuk pastikan usaha berhasil. *cough*
Untuk 8 bulan pertama kahwin, kami duduk asing asing. Husband kat KL, I was in Johor. Mintak pindah tak dapat, maka selama 8 bulan tuh selalulah jadik musafir. Meeting point kat Melaka (kampung kami). Pagi-pagi senin akan gerak ke tempat kerja masing-masing.
Lepas dapat duduk sama, memang ramai yang ingatkan "wah lepas nih teruslah lekat!" Saya senyum aje. Hehe. Sebab tau kami nih tak macam orang lain, it is a very private matter tapi Alhamdulillah lepas tuh Allah makbulkan doa kami jugak =) Thank you Allah. It brings tears to my eyes each time I think about how it feels like a dream that came true. And because of that, I try to avoid from complaining. Bila dah dapat apa yang memang kita betul-betul hendak, rasa malu dan segan sangat nak komplen tentang sakit pening bagai. Kalau ngadu kat suami sebab nak manja tuh adelah hehe =P
Bila baca kat internet (blog, forum, etc) rasa hati ni sangat tersentuh bila baca tentang orang yang tunggu sangat lama untuk dapatkan zuriat. Bayangkan, tunggu sampai 4,5 tahun tapi masih belum ada rezeki untuk dapat baby sendiri... Rata-rata orang yang da kahwin memang nak kan zuriat sendiri. In fact, kalau boleh tu, lepas kawin aje nak terus positif bila check UPT. Tak gitu?
Tapi rezeki masing-masing Allah dah tetapkan. Yang perlu kita buat adalah berusaha dan berdoa =) Oh ye, dan jangan stress.
Assuming that you and your partner have zero health issue, cubalah amalkan petua-petua kat bawah ni manalah tau berkesan.
- Spot the days when you are fertile. Orang perempuan bukanlah subur setiap hari dalam sebulan tuh. Usually, hari subur orang perempuan adalah dalam hari ke 12-18 selepas haid. Depends on people and it also changes from month to month. So to be on the safe side and to ensure that you 'do' it on the right time, 'do' it every two days. Contoh : hari ke 12,14,16,18. Sperm boleh bertahan untuk beberapa hari dalam uterus.
- There are two ways (that I could remember) on detecting your fertile days. First, is via taking body basal temperature (I could be wrong about the name). Ada thermometer khas yang boleh dibeli kat pharmacies. Kena amek suhu setiap hari pada masa yang sama dan buatkan graf. Nanti akan perasan yang ada hari-hari di mana suhu lebih tinggi dari biasa. Itu adalah hari subur. Secondly, kena alert dengan cairan yang keluar (keputihan). Pada hari subur, keputihan tu lebih jernih dan lebih banyak dari biasa.
- I still remember ada akak-akak kat sekolah lama yang sarankan jangan straightaway nak bangun lepas bersama. Baringlah dulu.
- Pernah dengar tak petua orang kata minum susu kambing kalau nak dapatkan zuriat? Ada yang menyatakan, kadang-kadang, dalam rahim kita ataupun dalam badan suami, ada jin yang menumpang. Itu boleh sebabkan kesukaran dapat zuriat. Kalau sentiasa minum susu kambing, ini boleh menyebabkan dia pergi dari badan kita. Lepas tu inshaAllah la ada peluang untuk dapatkan zuriat. I don't know how legit this is. Takut silap dengar. Tapi tak salah mencuba.
- Jangan lupa untuk berdoa. Search saja internet untuk dapatkan potongan ayat dari Al-Quran yang boleh diamalkan. Antara yang boleh diamalkan adalah "rabbi habli milladunka zurriyatan toyyibah innaka sami' uddua". Nih telah dirumikan, elok cari bukan rumi untuk baca mengikut tajwid yang betul.
- Banyakkan membuat amal jariah, bersedekah.
- Elakkan minum air kelapa, air bikarbonat, makan nenas dan papaya. Manalah tau kot-kot dah lekat tapi nanti gugur pulak awal-awal sebab badan tak tahan dengan makanan/minuman tu. Tapi saya dulu belasah aje makan dan minum sebelum tau pregnant. In fact, malam sebelum tau pregnant tu, dok minum segelas air bikarbonat dengan syoknya. Nasib baik lah takde pape -__-"
Kepada yang dah berkahwin dan hamil/dah ada zuriat, jangan lupa ucapkan syukur kepada Allah SWT. Ini adalah rezeki yang tidak ada nilainya. Dan juga satu amanah yang sangat besar. Mudah-mudahan kita dapat didik anak/bakal anak untuk menjadi muslim yang berkualiti. Sekarang nih dah ramai sangat remaja yang dah jauh tersasar dari mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Jadi kalau boleh, ramaikanlah golongan orang muda yang soleh/solehah, berjaya dunia dan akhirat. Semoga dipermudahkanNya untuk kita bimbing anak-anak kita. Amin.
No comments:
Post a Comment