Tapi tak boleh nak tipu, tetap ada rasa nervous.
Haritu ada ganti puasa, boleh tahan lembiknya. Terpaksa tidur sebab rasa letih tahap gaban.
Jadi rasa nervous tu datang sebab risau, dapat ke tidak jalani ibadah puasa dengan baik kali ni. Kalau boleh, nak cube penuh berpuasa supaya lepas ni tak payah fikir nak ganti ganti lagi dah. Tapi itula, manusia mampu merancang saje. Wanita hamil boleh berbuka kalau risau akan keselamatan baby/diri sendiri time berpuasa.
Setakat nih a few tips yang dapat dari rakan rakan adalah:
- Makan kurma waktu bersahur dan berbuka.
- Makan oat waktu bersahur.
- Minum air secukupnya dan susu ketika bersahur is not a bad idea too
- Untuk make sure dapat buat ketiga tiga di atas ni dengan baik, gamaknye kene bangun sahur awal betul lah ni kan kalau tak mau kembung perut dibuatnye :P
- Ada jugak yang rekemen amik jus tok guru. Nanti inshaAllah nak try, tapi kena tunggu balik Melaka sebab taktau nak cari mana kat KL nih =P
- Cakap cakap dengan baby agar bersabar. Ibu dia nak berpuasa. Nih lebih kepada psychology maybe.
No comments:
Post a Comment