Thursday, February 9, 2012

Sahabat

Saya kena ajar satu kelas sivik sebab kekurangan cikgu nak ajar subjek tu :(

Semalam baru ajar derang pengaruh rakan sebaya.

Memang besar pengaruh rakan sebaya ni.

Boleh jadikan kita lebih baik dan sebaliknya.

Pengaruh rakan sebaya ni tak terbatas pada zaman remaja aje.

Sampai lah dah dewasa, kawin, beranak pinak, dah tua, masih ada pengaruh rakan sebaya nih.

Tak percaya?

Ramai makcik makcik dan pakcik pakcik yang join aktiviti di masjid, aktiviti pengayaan iman sebab mereka ada rakan yang join aktiviti tersebut. Kalau perasan lah. Hehe. Kan bagus tu pengaruh macam tu :)

Okeh, berbalik pada topik posting ni.

Sahabat, yang selalunya merupakan rakan sebaya, kadang kadang boleh menjadi ubat bila ada masalah.

Cuba kalau kita susah hati, cakap dengan kawan, tak kisah lah face to face atau through a phone call, lepas tu hati rasa lebih tenang :)

Alhamdulillah.

Macam tu lah yang saya rasa tadi.

Time kasih sahabat sebab call tadi.

Walaupun call itu sebenarnya untuk berkongsi masalah dia, tapi call tuh juga dah banyak bantu saya untuk tenangkan hati :)

Dulu pernah sebut how I am waiting for THE letter.

Dah dapat da semalam. Tawaran to teach in a local university. Bukan pensyarah, masih lagi cikgu. Saya belum ada Masters.

Cuma ada satu perkara yang merunsingkan hati.

The posting.

Tak sanggup berjauhan dengan suami. Bukanlah sebab manja. I can live independently. Cuma, tak sanggup nak biar suami bersusah susah. Dia kena jaga makan...sebab sakit dia. Alhamdulillah lepas kami dok sama, nampak ada perubahan yang lebih baik :)

Tapi sahabat saya telah menenangkan hati saya.

InshaAllah akan ada jalannya. Pasti Allah akan bantu.

Peluang tak datang bergolek golek setiap hari.

And I am not really the kind of person who could go through the same routine for years without any advancement.

Hati rasa tak puas..

Maka sekarang ni peluang dah ada di depan mata.

Semoga dipermudahkan Allah, Perancang yang terbaik.

Dan to my sahabat, Miss Nurse yang awesome, yang saya panggil Wedah sahaja hehehe,

Semoga berjaya hadapi dugaan daripada Allah ini dengan baik.

Terima kasih, saya sayang awak :)

No comments: